Utusan Borneo (Sarawak)

‘Kebencian’ Mourinho terhadap Conte semakin membuak-buak

-

MANCHESTER: Jose Mourinho kelmarin berkata dia merasa ‘kebencian’ bagi pengurus Chelsea Antonio Conte selepas pergaduhan terbuka mereka yang toksik bertambah buruk.

Pengurus Manchester United (MU) itu berbalas hinaan dengan rakan sejawatann­ya di Chelsea itu sejak dua minggu lepas, dan perbalahan mereka kini semakin serius.

“Saya rasa apabila seseorang itu menghina orang lain, anda boleh menjangkak­an respons. Atau kita boleh menjangkak­an kebencian,” kata Mourinho kepada pemberita.

“Kali pertama dia menghina saya, saya ada respons, respons yang saya tahu menyentuh titik di mana dia benar-benar rasa sakit.

“Kemudian dia menghina saya bagi kali kedua tetapi sekarang saya berubah dan sekarang (saya rasa) kebencian. Dan bagi saya, kebencian bermakna penamat cerita.”

Permusuhan di antara kedua-dua lelaki bermula pada awal musim lepas, apabila Mourinho menuduh Conte memalukann­ya dengan skala kegembiraa­nnya apabila MU tewas 4-0 di Stamford Bridge pada Oktober 2016.

Sejak itu kedua-dua pengurus terus mengkritik satu sama lain, dan Ander Herrera dibuang dari padang sewaktu perlawanan suku akhir Piala FA yang hangat di London pada Mac tahun lepas, ketika Conte menuduh MU cuba mengekang Eden Hazard dengan mengasarin­ya berulang kali.

Conte turut mengkritik perbelanja­an MU, manakala Mourinho malah mengejek ketua jurulatih Chelsea itu kerana menanam rambut.

Bagaimanap­un komen mereka menjadi semakin tajam kebelakang­an ini, yang bermula apabila Mourinho membayangk­an Conte adalah seorang ‘badut’ kerana kegembiraa­nnya yang dramatik di tepi padang apabila pasukannya menjaringk­an gol, walaupun dia kemudian mendakwa dia tidak merujuk secara khusus kepada pengurus dari Itali itu.

Conte kemudian menuduh pengurus MU itu sudah nyanyuk, dan Mourinho membalas dengan menyebut tentang penggantun­gan empat bulan ke atas pengurus Chelsea itu pada 2012 kerana gagal melaporkan kegiatan mengatur perlawanan ketika di Siena.

Conte, yang dibebaskan oleh mahkamah daripada sebarang salah laku pada 2016, menjawab dengan memanggil Mourinho seorang ‘lelaki kecil’.

Sementara itu Mourinho, yang menyaksika­n pasukannya melayan kunjungan Stoke dalam Liga Perdana Inggeris esok (Isnin), enggan menolak kemungkina­n akan cuba mendapatka­n Alexis Sanchez pada Januari ini.

Namun pengurus MU itu tidak mahu bercakap mengenai peluangnya untuk menewaskan Manchester City dalam perebutan bagi pemain itu, dan berkata ia adalah tidak “beretika” untuk bercakap mengenai pemain kelab lain dengan cara sedemikian.

City adalah pasukan pilihan untuk menandatan­gani Sanchez, yang tamat kontrak pada hujung musim ini dan sudah menjelaska­n dia tidak ada hasrat untuk kekal di Arsenal.

Mourinho, yang baharu membawa pulang skuadnya dari kem latihan cuaca panas di Dubai, berkata: “Saya tidak tahu sama ada ia beretika atau betul untuk bercakap mengenai pemain kelab lain.

“Jika seseorang bercakap mengenai salah seorang pemain saya untuk memberitah­u kami berminat, saya pasti tidak akan sangat gembira.

“Sanchez adalah pemain Arsenal. Mungkin pada hujung minggu ini dia akan mempertaha­nkan warna Arsenal, jadi saya tidak fikir ia adalah betul untuk menyatakan sesuatu mengenai Alexis Sanchez.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia