Utusan Borneo (Sarawak)

Man City ingin lanjutkan rekod tanpa kalah pada pertemuan menentang Liverpool malam ini

-

LIVERPOOL: Pep Guardiola telah menggesa Manchester City menggarisk­an hasrat mereka untuk mencipta sejarah pada musim ini apabila pendahulu Liga Perdana Inggeris itu bertandang ke Liverpool pada malam ini (Ahad).

Pasukan Guardiola sudah mengubah perebutan kejuaraan itu menjadi parti pertabalan yang lama selepas meletakkan diri 15 mata di hadapan kelab di tempat kedua Manchester United dan 18 di hadapan Liverpool di tempat keempat.

Jika tiada berlaku kejatuhan dahsyat, City akan menghabisk­an masa sehingga akhir musim dengan memberi tumpuan kepada implikasi bersejarah daripada kempen mereka yang menakjubka­n.

Jika City yang belum tewas dapat meninggalk­an Anfield dengan selamat, mereka ada hanya 15 lagi perlawanan untuk mengelak kekalahan dan menandingi pencapaian Arsenal pada 2003-04 dan Preston pada 1888-89, yang bermain sepanjang musim dalam liga utama tanpa kekalahan. “Sudah tentulah jika kita mahu mencapai sesuatu yang bagus dan memenangi kejuaraan, kita perlu memenangi perlawanan seperti ini,” kata Guardiola. “Liverpool adalah perlawanan yang penting itu, untuk menyedari sekali lagi sama ada kami dapat melakukan perkara besar pada musim ini, di pentas penting, dalam Liga Juara-Juara.” Menjadi ‘pasukan kebal’ ketiga dalam KLOPP liga utama England bukan satu-satunya pencapaian yang mendorong kempen City.

Terdapat hanya siri tanpa kalah yang lebih lama dalam liga utama berbanding 30 perlawanan berturut-turut sekarang bagi City.

Siri 49 perlawanan Arsenal pada 2003-2004 kini menduduki tempat teratas, diikuti 42 oleh Nottingham Forest pada 19771978, Chelsea dengan 40 pada 2004-2005, 34 bagi Leeds pada 1968-1969 dan 31 bagi Liverpool pada 1987-1988.

City, yang masih berpeluang untuk memenangi empat trofi pada musim ini, juga boleh menjadi pasukan pertama yang memenangi perlawanan liga utama di Chelsea, Liverpool dan Manchester United dalam musim yang sama sejak Wimbledon pada 1986-87.

Tetapi untuk berbuat demikian, City mesti menamatkan rekod buruk mereka di Anfield, di mana mereka tidak pernah menang sejak 2003, siri 16 perlawanan dalam semua pertanding­an.

Ditanya mengenai sumpahan City di Anfield, Guardiola berkata: “Saya tidak percaya kepada perkara seperti itu, tetapi sudah tentulah kali terakhir City menang adalah 15 tahun lalu, jadi ia amat bermakna dari segi betapa rumit nya untuk bermain di sana. Namun rekod wujud untuk dipecah.”

Sejak mereka kalah kepada Tottenham pada 22 Oktober lalu, Liverpool tidak tewas dalam 17 perlawanan dalam semua pertanding­an dan 13 dalam liga, pencapaian terbaik mereka di bawah Jurgen Klopp.

Kekalahan 5-0 mereka di City pada awal musim merupakan kekalahan paling buruk bagi Klopp dalam semua pertanding­an sebagai pengurus The Reds. — AFP

Saya tidak percaya kepada perkara seperti itu, tetapi sudah tentulah kali terakhir City menang adalah 15 tahun lalu, jadi ia amat bermakna dari segi betapa rumit nya untuk bermain di sana. Namun rekod wujud untuk dipecah. Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia