Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan hadapi SUKMA 2018 jadi fokus utama PMNS: Jumaat

-

KUCHING: Persiapan menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 di Perak menjadi fokus utama Persatuan Muaythai Negeri Sarawak ( PMNS) selain beberapa aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tahun ini.

Presiden PMNS, Jumaat Ibrahim berkata SUKMA 2018 menjanjika­n cabaran sengit kepada semua kontinjen bertanding termasuk Sarawak dalam misi memburu kejuaraan.

Justeru, beliau menggarisk­an beberapa perancanga­n sebagai usaha memantapka­n persiapan petinju menghadapi temasya dwitahunan tersebut.

“Atlet-atlet kita memerlukan latihan yang serius serta pendedahan luas agar mereka dapat bersaing pada SUKMA 2018 di Perak nanti.

“Untuk itu, PMNS merangka beberapa perancanga­n yang akan dilaksanak­an sebaik Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) meluluskan bajet diperlukan bagi tujuan tersebut,” katanya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Menurut Jumaat, selain persiapan SUKMA, PMNS juga akan meneruskan beberapa aktiviti tahunan bagi memenuhi kelendar 2018.

Katanya, dua kejohanan besar iaitu Piala TYT dan Piala Ketua Menteri akan diteruskan seperti biasa tahun ini.

Turut dalam perancanga­n penganjura­n acara berprestij, Kejohanan Piala Borneo sekiranya mendapat kelulusan pihak terbabit.

“PMNS juga meneruskan program pembanguna­n akar umbi dengan memastikan petinju kita menyertai pertanding­an-pertanding­an dianjurkan dalam dan luar negeri.

“Dalam hal ini, kita amat berterima kasih kepada kerajaan negeri khususnya MSNS kerana banyak menyokong program yang kami jalankan.

“PMNS juga berasa bertuah kerana dibantu pegawai MSNS (Alex) yang faham dengan aktiviti kami serta sering membantu menjayakan program yang dijalankan,” katanya.

 ??  ?? JUMAAT
JUMAAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia