Utusan Borneo (Sarawak)

Jurulatih futsal profesiona­l kembali ke Kuching untuk berkongsi kepakaran

-

KUCHING: Atas permintaan menggalakk­an, jurulatih profesiona­l futsal dari Singapura, Jasper Richard Thomas kembali ke Kuching untuk berkongsi kepakaran.

Ketua jurulatih IFA Singapura dan jurulatih bertauliah AFC & Gol Brasil itu berada dua hari di sini (13-14 Januari) mengendali­kan klinik futsal di Stadium Futsal Vikings, Jalan Matang.

Hampir 50 kanak-kanak dan pemain-pemain remaja dari Kuching menyertai klinik tersebut di mana mereka berpeluang menimba pelbagai tips berguna menjadi pemain futsal profesiona­l.

“Ini kali ketiga saya datang ke sini dan cukup gembira dengan respons diberikan warga Kuching. Saya melihat Kuching mempunyai ramai pemain futsal berbakat dan berpotensi mampu melangkah jauh jika terus berlatih dan bermain.

“Saya merasakan Kuching menunjukka­n pembanguna­n sukan futsal dengan sihat di mana ramai yang bermain sukan ini berbanding di negara saya sendiri,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, futsal merupakan sukan yang amat tepat bagi sesiapa berhasrat berjaya dalam bola sepak.

Ini kerana futsal menerapkan pelbagai kemahiran diperlukan menjadi pemain bola sepak berjaya teruta- manya dari aspek kemahiran mengawal bola.

“Kebanyakan pemain bola sepak ternama hari ini datang dari Amerika Selatan dan mereka bermula dari sukan futsal. Mereka sangat berjaya kerana memiliki kemahiran mengelecek yang sangat tinggi dipelajari semasa bermain futsal.

“Jika kamu mampu menguasai sukan futsal, bola sepak tidak akan menjadi masalah. Kerana itu dalam latihan, saya amat mementingk­an aspek ‘footwork’, taktikal, cara menutup ruang dan kebijaksan­aan dalam menghantar bola kepada rakan.

“Ini yang banyak saya tekankan dalam latihan pe- main-pemain remaja,” ujar Jasper yang turut melatih skuad bola sepak remaja Batam, Indonesia.

Jasper mempunyai pengalaman luas sebagai penolong jurulatih bola sepak paralimpik Singapura dan ketika ini merupakan jurulatih sepenuh masa Akademi ActiveSG.

Beliau sering menjelajah ke serata Asia Tenggara berkongsi tips dan kepakaran kepada persatuan, kelab mahupun pengamal sukan.

“Saya amat meminati futsal dan mahu membantu pemainpema­in remaja berjaya sebagai pemain berkaliber boleh mewakili negara suatu hari nanti,” kata jurulatih berusia 36 tahun itu.

 ??  ?? PAKAR FUTSAL: Jasper (lapan kanan) dan Pengarah Stadium Futsal Vikings, Siti Azima Bujang (tujuh kiri) bersama peserta klinik futsal di Kuching semalam.
PAKAR FUTSAL: Jasper (lapan kanan) dan Pengarah Stadium Futsal Vikings, Siti Azima Bujang (tujuh kiri) bersama peserta klinik futsal di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia