Utusan Borneo (Sarawak)

Pasukan Asia bangkit mendahului Eropah

-

SHAH ALAM: Pasukan Asia berjaya melakukan kebangkita­n dramatik untuk mengekalka­n status pendahulu selepas memenangi saingan fourball dengan keputusan 6½–5½ ke atas pasukan Eropah pada hari kedua Piala EurAsia 2018 di Glenmarie Golf & Country Club di sini, semalam.

Tindakan ketua pasukan Asia, Arjun Atwal mengekalka­n gandingan yang semakin serasi dianggap tepat dan ternyata berhasil apabila berjaya mempertaha­nkan kelebihan satu mata sebelum melangkah ke peringkat akhir pusingan perseorang­an yang menawarkan 12 mata hari ini.

Selepas mengekori pasukan Asia dengan keputusan 2½-3½ kelmarin, pasukan Eropah turun dengan gandingan baharu untuk mempertaha­nkan gelaran apabila berjaya merangkul tiga mata pertama.

Gandingan Tommy Fleetwood/Henrik Stenson membuka tirai kutipan mata untuk pasukan Eropah apabila mengalahka­n gandingan India, S.S.P. Chowrasia/Anirban Lahiri 3&2.

Gandingan Paul Casey/ Tyrrell Hatton kemudian menambah mata kedua dengan mengatasi Kiradech Aphibarnra­t/ An Byeonghun 2&1 sebelum Matthew Fitzpatric­k/Thomas Pietrers menghadiah­kan mata ketiga dengan mengalahka­n Poom Saksansin/Kang Sung-hoon 3&2.

Kebangkita­n Asia bermula apabila gandingan bintang negara, Gavin Kyle Green dan pemain Jepun, Yuta Ikeda mengalahka­n Rafa Cabrera Bello/ Alexander Ley dengan kelebihan satu lubang.

Dua lagi mata Asia diperoleh Phachara Khongwatma­i/Hideto Tanihara yang mengatasi Paul Dunne/Alex Noren dengan keputusan 2&1 dan gandingan Li Haotong/ Nicholas Fung mengutip mata terakhir dengan mengalahka­n Ross Fisher/ Bern Wiesberger dengan keputusan 3&1.

Pada hari penentuan hari ini, pasukan Asia hanya memerlukan kutipan mata 5 ½ untuk disahkan juara buat pertama kali selepas berkongsi kedudukan pada edisi sulung pada 2014 dan kalah 18½-5½ pada edisi lepas pada 2016. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERSAHAJA: Ketua Pasukan Asia Arjun Atwal (dua kanan) bergurau bersama anggota pasukannya pada pusingan kedua Golf EurAsia 2018, semalam.
— Gambar Bernama BERSAHAJA: Ketua Pasukan Asia Arjun Atwal (dua kanan) bergurau bersama anggota pasukannya pada pusingan kedua Golf EurAsia 2018, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia