Utusan Borneo (Sarawak)

Jerez jadi litar ujian pertama bagi Adam, Hafizh

-

SEPANG: Litar Jerez yang terletak di selatan Sepanyol, bakal menjadi destinasi ujian pertama bagi pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah dan pelumba Moto3, Adam Norrodin sebelum memulakan saingan kejuaraan dunia musim 2018 di Losail, Qatar, dari 15 hingga 18 Mac depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabang­sa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali berkata, kedua-dua pelumba itu bakal menguji jentera masing-masing pada ujian rasmi di litar berkenaan pada 27 Jan ini, sebelum pulang ke Malaysia untuk ujian persendiri­an bersama pasukan di Sepang bermula dari 16 hingga 18 Feb depan.

Pelumba berusia 19 tahun Adam, yang mewakili pasukan Petronas SIC Racing bersama pelumba Jepun, Ayumu Sasaki akan menggunaka­n jentera Honda, manakala Hafizh Syahrin yang mewak- ili pasukan SIC Racing akan menunggang jentera Kalex. Kedua-dua pasukan itu dikendalik­an oleh SIC.

“Adam sudah berada di Barcelona sejak lebih dua minggu yang lalu, manakala Hafizh yang baharu melangsung­kan perkahwina­n bulan lalu, akan bertolak dalam tiga hari lagi.

Mereka akan mengharung­i persediaan rapi untuk meningkatk­an tahap kecergasan mereka, termasuk aktiviti fizikal seperti berbasikal, larian, motocross dan latihan gim(nasium) sebelum ujian rasmi hujung bulan ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada sesi ujian program Impian ke MotoGP di Litar Kart Antarabang­sa Sepang di sini, semalam.

Dalam pada itu, Razlan berkata objektif utama progam Impian ke MotoGP adalah untuk mencari bakat-bakat muda berusia 13 hingga 15 tahun untuk digilap menjadi pelapis kepada pelumba-pe- lumba sedia ada pada masa sekarang.

“Saya sangat kecewa dengan ketiadaan pelapis berkaliber untuk tempoh masa yang agak panjang untuk menggantik­an Adam, Khairul Idham Pawi dan sebagainya... oleh itu, kami (SIC) mengambil inisiatif sendiri dengan merancang program yang intensif untuk melahirkan pelumba MotoGP masa hadapan,” katanya.

Daripada 300 permohonan yang diterima, sebanyak 40 pelumba muda di senarai pendek untuk ujian selama dua hari bermula hari ini, yang mana hanya lima pelumba akan dipilih pada esok.

Razlan berkata daripada lima pelumba itu, dua pelumba terbaik akan dihantar ke ARRC, Kejuaraan Remaja Dunia CEV Moto3 dan Kejuaraan Superbike Malaysia untuk satu musim penuh, manakala baki tiga pelumba bakal menyertai Kejohanan Cub Prix Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia