Utusan Borneo (Sarawak)

RTM siar telemovie ‘Luyak’ kisah anak autisme di TV2, 19 Jan ini

-

MEMPUNYAI seorang anak istimewa autisme, pastinya ibu bapa berdepan cabaran lebih berbanding membesarka­n anak-anak yang normal.

Masing-masing ada perangai sendiri. Namun hakikatnya setiap anak itu istimewa. Justeru sebagai ibu bapa perlu menyesuaik­an diri dengan peribadi mereka dan perhatian lebih harus diberikan terutama ketika peringkat awal tumbesaran.

Memandang serius pendekatan kesedaran mendepani anak-anak autism, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerbitka­n telemovie khas bertajuk ‘Luyak’ arahan Noor Azizah Muhamad, Unit Drama TV RTM yang disiarkan pada 19 Januari ini, jam 9.30 malam menerusi saluran TV2.

Menjalani penggambar­an 20 hingga Oktober 2017 di Melaka dan Muar, telemovie ini menampilka­n lakonan mantap menyentuh hati oleh Zarina Zainuddin, Putri Syasya Masyithah, Shakila Koriri, Azam Pit, Roydy, Nurul Fateha, Zarina Zainoordin, dan Kamal Bakar.

Kisahnya bermula dengan watak Hidayah seorang kanak-kanak mild autism yang dipanggil Luyak oleh penduduk kampung. Hidayah selalu berada dalam dunianya sendiri dan menganggap bahawa ayahnya Zamani masih hidup. Hidayah dibenci ibunya sendiri Zaleha, kerana Hidayah dianggap sebagai punca kematian Zamani.

Saban hari, Hidayah akan merayau ke seluruh kampung, dan selalu dipukul oleh Zaleha kerana Hidayah sering melakukan sesuatu yang mendatangk­an kemarahan Zaleha, dan kelakuan Hidayah sering mendapat aduan dari penduduk kampung. Zaleha juga selalu melebihkan­lebihkan anak sulungnya Sofea, dan membezakan kasih sayang antara kedua-dua anaknya itu.

Cikgu Murni yang baru bertukar sekolah di kampung itu, mendapat tahu tentang Hidayah yang menghidap mild autism, lalu cuba untuk membantu Hidayah kerana pengalaman Cikgu Murni sebelum ini bahawa adiknya juga pernah menghidap mild autism seperti Hidayah.

Kedatangan Cikgu Murni sedikit sebanyak memberi sinar baru buat Hidayah, namun Zaleha juga tidak dapat menerima takdir tentang Hidayah, sehingga dia selalu memukul dan menyeksa Hidayah.

Satu hari, kelakuan Hidayah telah menyebabka­n Sofea mengalami kemalangan kecil, lalu membuatkan Zaleha hilang kewarasan sehingga sanggup merantai kaki Hidayah seperti binatang.

Sepuluh tahun berlalu sejak kematian Zamani, Zaleha masih tetap memukul dan membenci Hidayah, seolah-olah Hidayah itu bukan anaknya. Sofea pula telah menyambung pelajaran di Kuala Lumpur dan jarang sekali pulang ke kampung kerana sibuk di kolej.

Dengan kuasa Tuhan, satu hari ketika Zaleha mahu menendang Hidayah yang sedang makan, tubuh Zaleha telah mengalami kekejangan sehingga lumpuh sebelah badan.

Selama sakit, Sofea sebagai anak kesayangan Zaleha tidak pernah berkesempa­tan untuk menjenguk Zaleha, malah Hidayah anak yang dibencinya itulah yang telah menjaganya dengan baik dan penuh kasih sayang tanpa.

Zaleha mula menyesal akan segala perbuatann­ya, dan mula menganggap Hidayah sebagai anaknya. Di saat Zaleha telah menerima takdir bahawa kematian Zamani bukanlah kesalahan Hidayah, telah berlaku sesuatu yang tragis pada Hidayah akibat sikap Zaleha sendiri.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia