Utusan Borneo (Sarawak)

10 samseng ditahan di New York

-

NEW YORK: Pihak berkuasa New York telah mengumumka­n kelmarin penahanan 10 samseng, termasuk seorang pemangku ketua dan seorang anggota kanan dalam keluarga jenayah Bonanno, yang berdepan sekurang-kurangnya 20 tahun penjara sekiranya disabitkan.

Sembilan daripada suspek telah ditangkap kelmarin. Salah seorang daripada 10 orang telah dibawa ke depan seorang hakim majistret di Pennsylvan­ia sementara yang lain lagi dijadualka­n akan hadir di sebuah mahkamah persekutua­n AS di Manhattan, menurut pendakwa raya.

Mereka telah didakwa dengan konspirasi kegiatan haram, dan jenayah termasuk peras ugut, pinjaman wang haram, penipuan mel dan pemindahan wang, pengedaran narkotik, dan konspirasi untuk melakukan pembunuhan.

Lapan dari defendan berasal dari keluarga Bonanno, salah satu dari lima keluarga berlainan yang membentuk mafia di bandar utama kewangan AS, jelas pihak pendakwa raya.

Mereka adalah termasuk pembantu ketua berusia 58 tahun Joseph Cammarano, anggota kanan berusia 60 tahun John Zancocchio, juga dikenali sebagai “Porky”, George Tropiano, 68, juga dikenali sebagai “Grumpy,” Albert Armetta, 48, turut dikenali sebagai “Al Muscles” dan Domineck Miniero berusia 85 tahun.

Armetta turut didakwa bagi serangan, kata pihak pendakwa raya.

Suspek lain adalah Ernest Montevecch­i, dikenali sebagai “Butch” dari keluarga

Genovese, dan anggota keluarga Luchese, Eugene Castelle, turut dikenali sebagai “Boobsie,” kata pendakwa raya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia