Utusan Borneo (Sarawak)

Pejuang jihad IS mengaku serang tentera AS, Perancis di Afrika

-

NOUAKCHOTT: Sekumpulan pejuang jihad dikaitkan dengan Islamic State telah mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan terhadap pasukan tentera AS dan Perancis di barat Afrika, dalam satu kenyataan yang disiarkan kelmarin oleh agensi berita ANI di Mauritania.

Kumpulan tersebut, diketuai oleh Adnan Abu Walid Sahraoui, menyatakan ia sebagai dalang bagi “satu serangan terhadap sebuah unit komando Amerika di Niger pada Oktober.”

Pada 4 Oktober, empat anggota tentera AS dan empat tentera Niger telah terkorban dalam satu serangan hendap di Tongo Tongo, sebuah kampung yang dekat dengan sempadan Mali.

Serangan itu telah dipersalah­kan terhadap pejuang jihad namun di mana ia sekarang kumpulan itu telah mengakui bertanggun­gjawab.

Pihak Islamis turut mengaku bertanggun­gjawab bagi satu serangan di bahagian timur laut terpencil Mali pada Khamis lepas di mana tiga anggota tentera Perancis telah tercedera, seorang dalam keadaan serius, dalam satu serangan bom nekad, menurut agensi berita ANI, yang mengesan dengan rapat kumpulan pejuang jihad beroperasi di wilayah Sahel di selatan Sahara.

Ekstremis Islamis yang dikaitkan dengan AlQaeda telah merampas kawalan ke atas padang pasir utara Mali pada awal 2012, namun kebanyakan­nya berjaya dihalau keluar dalam operasi tentera diketuai oleh Perancis telah dilancarka­n pada Januari 2013, namun bahagian besar dari negara masih dalam keadaan tanpa undang-undang.

Menurut kepada satu kenyataan AFP, 18 anggota tentera Perancis telah terkorban di Mali sejak pelancaran Operasi Serval, yang kemudian digantikan dengan Operasi Barkhane, satu serangan yang lebih meluas dikerahkan di lima negara Mali, Mauritania, Niger, Chad dan Burkina Faso.

Negara ini membentuk apa yang dikenali sebagai G5 Sahel, sebuah kumpulan yang disokong oleh Perancis yang mana pada tahun lepas telah melancarka­n sebuah pasukan tentera bersama bagi menghalang perjuangan jihad.

Tarikh bagi serangan di Mali bersamaan dengan ulang tahun kelima bagi permulaan operasi Perancis di sana.

Kumpulan Islamis dalam kenyataann­ya turut mengaku bertanggun­gjawab bagi serangan pada tahun lepas di Burkina Faso. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia