Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga tentera Perancis cedera di Mali dalam serangan bom nekad

-

PARIS: Tiga anggota tentera Perancis dikerahkan dalam satu pasukan menentang keganasan di barat laut terpencil di Mali telah tercedera, seorang dalam keadaan serius, dalam satu serangan bom nekad, menurut pihak tentera Perancis kelmarin.

Konvoi tersebut telah diserang ketika dalam perjalanan di antara wilayah Menaka dan Indelimane pada Khamis lepas, ulang tahun kelima bagi pelancaran kempen ketenteraa­n Perancis menentang pejuang jihad di negara barat Afrika.

“Sebuah kenderaan menghampir­i konvoi itu dan meletup berhampira­n sebuah VAB (kenderaan berperisai),” jurucakap tentera Perancis Patrick Steiger memberitah­u AFP.

Anggota tentera yang mengalami kecederaan serius telah dipindahka­n ke Perancis, sementara dua orang lagi telah dirawat di tempat kejadian, jelas beliau.

Tiga anggota tentera Mali turut tercedera pada Khamis lepas selepas diserang hendap di pekan utara Hombori dalam satu serangan menggunaka­n “bahan letupan buatan sendiri”, menurut tentera Mali dalam satu kenyataan.

Juga pada Khamis lepas, seorang anggota polis telah diculik dan sebuah balai polis dirompak serta dibakar di pekan barat laut Lere, kata pihak tentera dalam satu kenyataan berasingan.

Pihak ekstremis Islam yang dikaitkan dengan AlQaeda telah merampas ka- walan di padang pasir utara Mali pada awal 2012, namun kebanyakan­nya telah dihalau keluar dalam operasi tentera diketuai oleh Perancis yang dilancarka­n pada Januari 2013, namun beberapa kawasan besar di negara itu masih dalam ketegangan.

Menurut satu kenyataan AFP, 18 anggota tentera Perancis telah terkorban di Mali sejak pelancaran Operasi Serval, yang kemudian digantikan dengan Operasi Barkhane, satu serangan yang lebih meluas dilakukan di lima buah negara -- Mali, Mauritania, Niger, Chad dan Burkina Faso. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia