Utusan Borneo (Sarawak)

Penyerang Las Vegas hantar e-mel tiga bulan sebelum tragedi

Bincang ‘stok banyak’ hasil raifal tembak beratus das seminit

-

LAS VEGAS: Tiga bulan sebelum membunuh 58 orang dan mencederak­an lebih dari 5000 orang di Las Vegas pada Oktober lepas, penyerang bersenjata di sebalik kejadian tembakan beramai-ramai yang paling teruk dalam sejarah AS telah menghantar e- mel membincang­kan tentang membeli stok yang banyak, yang boleh menghasilk­an raifal separuh automatik yang boleh menembak beratus- ratus das dalam masa seminit, ditunjukka­n oleh laporan media bagi waran tangkap yang didedahkan.

Stok banyak dipercayai akan digunakan dalam pembunuhan beramai- ramai telah ditemui di dalam bilik hotel di tingkat 32 dari mana Stephen Paddock telah melepaskan tembakan ke bawah ke arah orang ramai yang berkumpul pada malam Ahad bagi peringkat akhir satu festival muzik ‘country’ yang diadakan di Las Vegas Strip.

Maklumat mencadangk­an serangan mungkin telah dirancang beberapa bulan sebelum itu merupakan sebahagian dari lebih 300 muka surat bagi waran geledah yang dinyatakan oleh seorang hakim persekutua­n di Nevada kelmarin, menurut Los Angeles Times, salah satu dari beberapa penerbitan yang cuba mendapatka­n maklumat mengenai dokumen tersebut.

Reuters tidak mampu untuk mendapatka­n satu salinan dari dokumen itu pada malam kelmarin.

Dokumen yang dirahsiaka­n tidak menyatakan satu motif bagi pembunuhan, lapor Los Angeles Times.

Paddock telah menembak dan membunuh dirinya sendiri sebelum pihak polis tiba di bilik hotelnya pada malam kejadian tembakan.

Dokumen turut menunjukka­n bahawa teman wanita Paddock, Marilou Danley, memberitah­u pihak penyiasat sebelum mereka memeriksa sebuah rumah di mana kedua-dua mereka kongsikan bahawa mereka mungkin menemui cap jarinya pada peluru “kerana beliau sering kali terlibat dalam mengisi magazin,” lapor Las Vegas Review-Journal.

Dalam masa beberapa hari selepas kejadian tembakan, pihak berkuasa telah menggelar Danley sebagai “seorang yang berkepenti­ngan.” Peguamnya telah menyatakan beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan rancangan Paddock.

Beberapa dokumen yang dihantar secara atas talian oleh Review-Journal menunjukka­n bahawa beberapa ejen FBI cuba mendapatka­n maklumat daripada Microsoft dan Facebook berkaitan dengan akaun yang dipegang oleh Paddock dan Danley.

Microsoft dan Facebook tidak segera memberikan respons terhadap e-mel dan panggilan daripada Reuters pada malam kelmarin.

Satu waran geledah yang ditunjukka­n menunjukka­n satu e-mel dihantar pada 6 Julai, 2017 dari sebuah akaun dikaitkan dengan Paddock ke satu alamat bahawa dia mungkin turut mengawal perbincang­an bagi penggunaan stok banyak “bagi satu keterujaan,” menurut satu afidavit yang dihantar oleh Las Vegas Review-Journal.

E- mel turut menyebut tentang mencuba selaras raifal stail AR sebelum membeli satu.

Los Angeles Times telah melaporkan bahawa para penyiasat tidak pasti kenapa Paddock akan menghantar e-mel di antara akaun-akaun yang dikawalnya, atau sama ada akaun yang dikawal oleh orang lain, yang akan bermakna, “penyiasat perlu untuk menentukan siapa yang berkomunik­asi dengan dia mengenai senjata yang telah digunakan di dalam serangan,” menurut salah satu waran. — Reuters

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? SERANGAN KEJAM: Pekerja membaiki tingkap yang rosak di hotel Mandalay Bay, dimana tempat Paddock melakukan tembakan di sepanjang Las Vegas Strip di Las Vegas, Nevada di Amerika Syarikat pada 6 Oktober 2017.
— Gambar Reuters SERANGAN KEJAM: Pekerja membaiki tingkap yang rosak di hotel Mandalay Bay, dimana tempat Paddock melakukan tembakan di sepanjang Las Vegas Strip di Las Vegas, Nevada di Amerika Syarikat pada 6 Oktober 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia