Utusan Borneo (Sarawak)

Budak perempuan diserang kerana bertudung

-

OTTAWA: Seorang budak perempuan berusia 11 tahun telah diserang di Toronto kelmarin oleh seorang lelaki yang telah mencuba sebanyak dua kali untuk memotong tudung beliau dengan gunting dan kemudian melarikan diri, menurut pihak polis.

Khawlah Noman memberitah­u wartawan bahawa beliau sedang berjalan ke sekolah bersama dengan adik lelakinya ketika lelaki tersebut menghampir­inya dengan membawa sebatang gunting.

“Dia cuba memotong tudung saya sebanyak dua kali,” jelas beliau. “Saya berasa sangat takut dan keliru. Saya tidak berasa selesa di mana seseorang telah melakukan perkara sebegini.”

Pihak polis menyatakan penyerang sebagai seorang lelaki Asia yang memakai sepasang baju dengan hud hitam dan bercermin mata. Dia dikatakan sebagai berusia lingkungan 20 tahun, setinggi hampir enam kaki dan mempunyai bentuk badan yang sederhana.

Pihak berkuasa sedang menyiasat insiden itu, yang berlaku pada kira-kira jam 9 pagi waktu tempatan berhampira­n sekolah Pauline Johnson di bahagian timur Toronto, jurucakap polis Katrina Arrogante memberitah­u AFP.

Konstabel Jenifferji­t Sidhu memberitah­u satu sidang me- dia bahawa Noman telah berpaling dan berdepan dengan penyerangn­ya, mengeluark­an bunyi bising yang kuat bagi menakut-nakutkan dia dan kemudian beliau melarikan diri bersama adik lelakinya.

Kemudian, menurut Sidhu, budak perempuan itu menyedari terdapat satu kesan koyak sepanjang 12 inci dari bahagian bawah ke atas belakang tudungnya.

Beliau dan adik lelakinya telah menyertai sekumpulan pelajar lain yang turut berjalan kaki ke sekolah, untuk tujuan keselamata­n, namun adikberadi­k itu telah terpisah dari kumpulan tersebut dan dari setiap seorang ketika melalui satu simpang selekoh.

Pada masa itu, kurang dari 10 minit selepas serangan pertama, lelaki yang sama tiba- tiba kembali. Sambil tersenyum, dia dikatakan telah mencuba sekali lagi untuk memotong tudungnya, sebelum melarikan diri.

“Ini adalah satu tindakan kebencian yang bersifat pengecut. Ia tidak menunjukka­n siapa kita sebenarnya (sebagai rakyat Kanada),” Perdana Menteri Ontario Kathleen Wynne menyatakan dalam satu mesej Twitter. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIPANDANG SERONG: Noman bercakap kepada wartawan di sekolah Pauline Johnson Junior selepas dia memberitah­u polis bahawa seorang lelaki memotong tudungnya dengan gunting di Toronto, Ontario, Kanada kelmarin.
— Gambar Reuters DIPANDANG SERONG: Noman bercakap kepada wartawan di sekolah Pauline Johnson Junior selepas dia memberitah­u polis bahawa seorang lelaki memotong tudungnya dengan gunting di Toronto, Ontario, Kanada kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia