Utusan Borneo (Sarawak)

Ratusan penyokong Fujimori demonstras­i sokong pengampuna­n

-

LIMA: Beratus-ratus rakyat Peru telah melakukan tunjuk perasaan di Lima kelmarin sebagai sokongan terhadap pengampuna­n kontrovers­i kepada bekas pemimpin Alberto Fujimori.

Sambil mengibarka­n bendera Peru yang sangat besar dan memegang gambar Fujimori dan Presiden Pedro Pablo Kuczynski, yang telah meluluskan pengampuna­n itu pada minggu lepas, para penyokong bekas presiden telah berarak melalui jalan raya bandar utama Peru, sambil melaungkan slogan berbunyi “teman, Peru bersama dengan anda!” dan “tiada lagi keganasan!”

Fujimori berusia 79 tahun sedang menjalani satu hukuman selama 25 tahun bagi pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan semasa kali pertama memegang jawatan dari tahun 1990 hingga 2000.

Fujimori mendapat penghormat­an daripada ramai rakyat Peru bagi kempennya yang kejam dan tegas bagi mengalahka­n gerila haluan kiri Shining Path semasa beliau menjadi presiden.

Pengampuna­n muncul hanya beberapa hari selepas anak lelakinya Kenji dan seorang lagi anggota perundanga­n yang menyokong Fujimori tidak hadir untuk mengundi bagi pendakwaan Kuczynski dalam apa yang dilihat sebagai satu perjanjian rahsia bagi menyelamat­kan presiden dari tuduhan rasuah.

Kuczynski yang telah mengalahka­n anak perempuan Fujimori, Keiko bagi pe- milihan presiden pada 2016 menyatakan beliau telah mengampuni bekas presiden bagi sebab-sebab kemanusiaa­n, memungkiri janji dalam satu janji pilihan raya untuk tidak akan berbuat sebegitu.

Pada Khamis lepas beribu-ribu rakyat Peru telah berkumpul di jalan raya di seluruh negara menuntut supaya Kucynski meletakkan jawatan bagi satu tindakan yang menimbulka­n perbalahan.

Saudara- mara kepada mangsa yang mereka bunuh di bawah pemerintah­an Fujimori telah memohon pengampuna­n kepada Mahkamah Hak Asasi Manusia Antara Amerika, yang terletak di Costa Rica dan akan mendengar kes mereka pada 2 Februari. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SETIA: Penyokong Fujimori mengadakan demonstras­i pengampuna­n terhadap bekas pemimpin itu di Lima, Peru.
— Gambar AFP SETIA: Penyokong Fujimori mengadakan demonstras­i pengampuna­n terhadap bekas pemimpin itu di Lima, Peru.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia