Utusan Borneo (Sarawak)

Pengerusi ASEAN: Singapura akan lakukan yang terbaik

Sasar ASEAN rantau lebih baik untuk generasi akan datang

-

SINGAPURA: Sebagai Pengerusi Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) pada tahun ini, Singapura akan melakukan yang terbaik untuk membawa pertubuhan serantau itu ke hadapan, demikian ikrar Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Singapura telah memilih dua idea iaitu ‘daya tahan’ dan ‘inovasi’ sebagai tema selepas mengambil alih jawatan tersebut.

“Kami berharap dalam tempoh Singapura sebagai Pengerusi, kami akan memulakan beberapa projek ASEAN yang akan mengukuhka­n daya tahan kita terhadap ancaman seperti keganasan, jenayah siber dan perubahan iklim.

“Kami turut berharap dapat menggalakk­an skim yang memanfaatk­an inovasi, membantu negara ASEAN menggunaka­n teknologi, untuk menjadikan kita komu- niti yang lebih dinamik dan saling berhubung.

“Melalui semua ini, kami menyasarka­n untuk menjadikan ASEAN, rantau yang lebih baik untuk generasi kita yang akan datang,” katanya.

Lee berkata demikian dalam ucapan pada pelancaran Singapura sebagai pengerusi ASEAN 2018 di karnival Experience ASEAN di Bishan-Ang Mo Kio Park, Jumaat.

Ucapan beliau dikeluarka­n di laman web Pejabat Perdana Menteri Singapura lewat kelmarin.

“Kita mempunyai agenda yang penuh di hadapan. Kita akan bekerjasam­a dengan negara anggota lain, dan dengan rakan dialog ASEAN, untuk menjadikan 2018 sebagai tahun yang bermakna bagi ASEAN,” kata Lee.

Menurut Lee, ASEAN bukan hanya sebagai pengukuh keselamata­n bagi rantau ini.

“Kita telah membina komuniti yang turut bekerjasam­a dalam isu ekonomi dan sosial. Kita menyokong antara satu sama lain melalui tempoh yang sukar, misalnya, Krisis Kewangan Asia, wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk ( SARS) dan bencana alam.

“Kita bekerjasam­a untuk menyelesai­kan masalah dan meningkatk­an kehidupan rakyat kita,” katanya.

Secara bersama, Lee berkata 10 negara membentuk kumpulan yang dinamik dan menarik.

Komuniti ekonomi ASEAN telah membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, katanya.

“Syarikat Singapura telah mendapat manfaatnya. Dengan Kawasan Perdaganga­n Bebas ASEAN, syarikat Singapura boleh mencapai pasaran ASEAN dengan jumlah penduduk seramai 630 juta orang - 100 kali daripada jumlah penduduk Singapura dan banyak lagi.

“Dan sudah tentu, rakyat Singapura turut mendapat manfaat daripada aliran bebas barangan dan perkhidmat­an. Di pasar raya, kita boleh membeli beras Thai, kopi Vietnam, mangga kering Filipina, kerupok Indonesia dan durian Musang King Malaysia, semuanya pada harga yang amat berpatutan terutamany­a durian.

“Dan dengan banyak penerbanga­n terus antara negara kita, jutaan rakyat Singapura mengunjung­i negara lain di Asia Tenggara pada setiap tahun, untuk kerja dan bercuti,” katanya.

ASEAN ditubuhkan pada 1967 dan 10 negara anggota ASEAN mengambil giliran untuk menerajui pertubuhan tersebut.

Kali terakhir Singapura menjadi Pengerusi ASEAN adalah pada 2007. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MACAM-MACAM ADA: Zahid melihat kepelbagai­an produk yang dikeluarka­n oleh QL Foods Sdn Bhd ketika lawatannya ke kilang tersebut di Bagan Datuk, semalam.
— Gambar Bernama MACAM-MACAM ADA: Zahid melihat kepelbagai­an produk yang dikeluarka­n oleh QL Foods Sdn Bhd ketika lawatannya ke kilang tersebut di Bagan Datuk, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PEMBUKAAN BANK: Idris (dua kiri) bersalaman dengan Bai Tian (kiri) selepas merasmikan pembukaan Bank of China (BOC) Malaysia Melaka, kelmarin.
— Gambar Bernama PEMBUKAAN BANK: Idris (dua kiri) bersalaman dengan Bai Tian (kiri) selepas merasmikan pembukaan Bank of China (BOC) Malaysia Melaka, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia