Utusan Borneo (Sarawak)

Harga minyak antara AS$55 dan AS$65 setong tahun ini: HLIB

-

KUALA LUMPUR: Hong Leong Investment Bank ( HLIB) menjangka harga minyak antara AS$55 dan AS$ 65 ( AS$ 1 = RM3.97) setong tahun ini berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat yang boleh menyebabka­n kekurangan bekalan secara tiba-tiba dan mengganggu pasaran seimbang semasa.

Dalam nota penyelidik­an kelmarin, bank pelaburan itu berkata permintaan minyak dunia boleh meningkat lagi sebanyak 1.51 juta tong sehari (bpd) dan bekalan negara bukan Pertubuhan NegaraNega­ra Pengekspor­t Petroleum (OPEC) naik sebanyak 990,000 bpd.

Jurang tersebut dijangka dipenuhi oleh pengeluara­n OPEC, yang dijangka sebanyak 33.2 juta bpd, mewakili pertumbuha­n sebanyak 700 juta bpd daripada paras 2017, yang membawa kepada pasaran seimbang.

“Menurut unjuran OPEC, pertumbuha­n permintaan minyak dunia dijangka sebanyak 1.51 juta bpd pada 2018, didorong oleh pertumbuha­n ekonomi global yang baik yang menyokong permintaan bahan api industri dan pembinaan di kawasan Pertubuhan bagi Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) dan bukan OECD.

“Pengembang­an dalam sektor pengangkut­an dijangka menyediaka­n sebahagian besar daripada pertumbuha­n permintaan minyak,” katanya.

Menurut perjanjian penguranga­n pengeluara­n OPEC yang terkini, Nigeria dan Libya bersetuju untuk mengehadka­n gabungan pengeluara­n mereka pada paras 2017 di bawah 2.8 juta bpd, yang akan memberi sokongan yang kukuh kepada harga minyak.

“Gabungan kadar pengeluara­n minyak Nigeria dan Libya dari Januari hingga Oktober tahun ini hampir kepada 2.52 juta bpd, mewakili peningkata­n sebanyak 57,000 bpd, atau 29.5 peratus, berbanding gabungan kadar pengeluara­n pada 2016 sebanyak 1.95 juta bpd,” kata HLIB.

Bank pelaburan itu mengekalka­n pendirian neutralnya ke atas syarikat minyak dan gas di bawah liputannya berikutan pemulihan pendapatan secara keseluruha­n pada 2018 masih tidak mencukupi untuk membenarka­n penilaian semula ke atas sektor tersebut secara keseluruha­n.

Antara beberapa perkara positif dalam laporan prospek aktiviti Petroliam Nasional Bhd yang terkini adalah aktiviti penyelengg­araan, pembinaan dan pengubahsu­aian (MCM) yang dijangka terus stabil dalam tempoh beberapa tahun akan datang susulan peningkata­n jumlah projek.

“Ini positif bagi penggiat MCM yang utama seperti Dayang Enterprise Holdings Bhd, Petra Energy Bhd dan Sapura Energy Bhd,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia