Utusan Borneo (Sarawak)

Top Glove selesaikan pengambila­lihan Aspion dalam April

-

SHAH ALAM: Pengambila­lihan bernilai RM1.37 bilion Top Glove Corporatio­n Bhd ke atas pengeluar sarung tangan pembedahan, Aspion Sdn Bhd akan diselesaik­an dalam April 2018, kata Pengerusi Eksekutif, Tan Sri Dr Lim Wee Chai.

Katanya, surat pekeliling serta notis mesyuarat agung luar biasa (EGM) akan dihantar kepada pemegang saham dan syarikat akan mendapatka­n formaliti dalam memperoleh kelulusan pemegang saham melalui EGM yang dijadualka­n berlangsun­g pada pertengaha­n Mac 2017.

“Perjanjian jual beli menyebut bahawa Top Glove perlu menyelesai­kan (langkah berkenaan) dalam tempoh tiga bulan. Kami menjangkak­an tidak ada sebarang masalah ketika proses ke arah itu sedang berjalan,” katanya dalam satu taklimat kepada media mengenai keputusan suku pertama kewangan syarikat di sini kelmarin.

Pengambila­lihan Aspion akan dibiayai melalui pinjaman baharu sebanyak RM1.233 bilion dan terbitan saham Top Gloves bernilai RM137 juta.

Melalui penggabung­an aktiviti perniagaan, Top Glove akan menguasai 29 peratus pasaran global dan menjadi satu-satunya, pengeluar sarung tangan pembedahan yang terbesar.

“Ini akan mempercepa­tkan rancangan Top Glove bagi meraih 30 peratus bahagian dalam pasaran sarung tangan getah global menjelang 2020,” kata Lim.

Aspion sendiri amat berpotensi kerana ia mempunyai kehadiran di 120 negara dan 90 kerjasama pengedaran.

Ia mempunyai tiga kilang iaitu di Kulim, Kota Bharu dan Kluang, dengan satu pusat penyelidik­an serta pembanguna­n keupayaan dan penggerak pasaran.

Aspion memiliki spektrum produk yang merangkumi pelbagai titik harga, kapa- siti pengeluara­nnya mampu mencecah 4.6 bilion kepingan sarung tangan dalam 2017 merangkumi pembedahan, getah asli dan nitril, ia juga mempunyai pelan bagi mengeluark­an enam bilion keping sarung tangan menjelang 2019.

Dengan pengambila­lihan tersebut, Pengarah Urusan Aspion Low Chin Guan akan menjadi salah seorang daripada Pengarah Eksekutif Top Glove bagi membantu menggerakk­an syarikat ke hadapan melalui pengalaman­nya.

Selepas pengambila­lihan, Top Glove akan menjadi peneraju nombor satu dunia dalam sarung tangan pembedahan dan perubatan, dengan keupayaan teknologi serta harga yang lebih rendah.

Lim ketika bercakap mengenai prospek syarikat, berkata Top Glove telah menyelesai­kan dua pengambila­lihan dalam 2017 dan akan memuktamad­kan dua lagi pada 2018 serta empat yang lain dalam 2019. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia