Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks harga minyak camellia Xinhua-Changshan dilancar rasmi

-

KUALA LUMPUR: Indeks harga minyak camellia Xinhua-Changshan, yang disusun secara bersama oleh Perkhidmat­an Maklumat Ekonomi China (CEIS) di bawah Agensi Berita Xinhua dan pemerintah Changshan di Wilayah Zhejiang dilancarka­n secara rasmi pada 6 Januari.

Dalam satu kenyataan, Naib Presiden CEIS, Su Huizhi berkata, indeks harga minyak camellia Xinhua-Changshan mencermink­an perubahan beberapa faktor yang mempengaru­hi keseluruha­n rantaian industri minyak camellia yang akan membantu meningkatk­an pengaruh dan kuasa penentu industri minyak camellia China di dunia dan juga meningkatk­an pendapatan petani minyak camellia.

Indeks itu berdasarka­n harga pengeluar syarikat minyak camellia di Changshan dan mencermink­an sepenuhnya trend harga bahan mentah ( huluan), produk minyak ( pertengaha­n) dan produk sekunder ( hiliran). Indeks itu bermula daripada 1,000 dengan harga pada November 2015 sebagai data asas,” kata kenyataan tersebut.

Mengikut kenyataan itu, indeks berkenaan menyaksika­n pertumbuha­n tahun ke tahun sejak tempoh asas.

Indeks harga agregat meningkat 79.25 peratus pada Disember 2017 berbanding tempoh asas, manakala indeks harga bahan mentah, minyak dan produk sampingan masing-masing meningkat 63.37 peratus, 72.68 peratus dan 183.72 peratus.

Sementara itu, Naib Ketua Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Industri Perhutanan China, Liu Zhiwei berkata, indeks harga minyak camellia Xinhua-Changshan memainkan peranan penting dalam peruntukan sumber pasaran, meningkatk­an kecekapan dalam operasi pasaran dan merangsang pembanguna­n berkualiti tinggi minyak biji camellia oleifera.

CEIS adalah sebuah syarikat milik penuh Agensi Berita Xinhua, dan mempunyai lima platform peringkat kebangsaan termasuk Xinhua Finance, Xinhua Silkroad, Xinhua Credit, Shanghai Petroleum dan Natural Gas Exchange (SHPGX) dan Xinhua Think Tank.

Sejak penstruktu­ran semula pada April 2016, CEIS melancarka­n beberapa produk dengan kesan yang meluas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia