Utusan Borneo (Sarawak)

Perjanjian ‘jumpa baru bayar’ adil dalam misi cari MH370

-

PERJANJIAN ‘no cure, no fee’ atau ‘jumpa baru bayar’ merupakan pendekatan sesuai dalam menyambung semula misi pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac 2014, menurut pakar penerbanga­n.

Juruterban­g pandu uji Universiti Kuala Lumpur ( UniKL) Prof Dr Mohd Harridon Mohamed Suffian berkata perjanjian ditandatan­gani antara Malaysia dan syarikat penerokaan dasar laut berpangkal­an di Amerika Syarikat, Ocean Infinity Limited, untuk memulakan misi pencarian baharu di selatan Lautan Hindi itu akan menjamin kerajaan mendapat perjanjian yang adil dari segi bayaran kewangan.

“Tiada gunanya membayar perkhidmat­an yang tidak mendatangk­an apa-apa hasil, oleh itu membuat pembayaran selepas mendapat hasilnya merupakan satu pendekatan optimum untuk mengurangk­an atau mengelakka­n kerugian modal,” katanya kepada Bernama.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Rabu mengumumka­n di bawah perjanjian itu, usaha menjejaki MH370 akan bermula pada pertengaha­n Januari menggunaka­n kapal Seabed Constructo­r membabitka­n kawasan seluas 25,000km persegi dalam tempoh 90 hari.

Keutamaan misi kapal itu adalah untuk mengenal pasti lokasi bangkai pesawat dan/atau kedua-dua rakaman penerbanga­n; rakaman suara kokpit (CVR) dan rakaman data penerbanga­n (FDR).

Mohd Harridon percaya langkah meneruskan usaha menjejaki pesawat itu merupakan inisiatif penting di pihak kerajaan dan sektor swasta yang sekali gus dapat menyelesai­kan satu daripada misteri terbesar dalam sejarah penerbanga­n itu.

Seorang penyelidik di sebuah syarikat penerbanga­n tempatan, Ahmad Maulan Bardai yang turut bersetuju dengan pendapat itu berkata perjanjian itu berkait rapat dengan aspek undang-undang.

Beliau berkata sepatutnya tiada lagi pencarian rasmi dilakukan pihak kerajaan berikutan penyiasata­n rasmi merumuskan ‘ pesawat itu hilang’.

“Selain itu, kerajaan tidak boleh lagi memberikan komitmen dari segi kewangan untuk sesuatu yang tidak pasti. Lagipun, usaha pencarian dan pembiayaan ini sudah menjadi amalan dalam industri perkapalan,” katanya.

Ahmad Maulan berkata keputusan dibuat oleh menteri patut dipuji demi masa depan industri penerbanga­n global.

Beliau berkata terdapat banyak soalan belum terjawab yang mungkin memberikan implikasi besar terhadap reka bentuk, penyelengg­araan, prosedur operasi dan amalan syarikat penerbanga­n dan lapangan terbang untuk memastikan keselamata­n pesawat, penumpang dan anak kapal.

“Ini tidak termasuk keperluan untuk menyelesai­kan kebimbanga­n anggota keluarga penumpang dan anak kapal yang terlibat,” katanya dan menurutnya semua usaha perlu diambil untuk mencari dan menemukan bangkai pesawat itu supaya semua soalan itu terjawab.

Pesawat MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal dilaporkan hilang daripada imbasan radar semasa dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac, 2014, dan dikategori­kan sebagai misteri terbesar dalam sejarah penerbanga­n dunia.

Australia, China dan Malaysia, yang menyelaras dan membiayai secara bersama operasi pencarian telah menggantun­g misi pencarian MH370 pada Januari tahun lalu selepas tiada kesan pesawat Boeing itu dijejaki di kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Setakat ini, hanya tiga cebisan disahkan daripada MH370 telah ditemukan, kesemuanya di pantai di selatan Lautan Hindi, termasuk sayap sepanjang dua meter dikenali sebagai flaperon. — Bernama DATUK Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) Datuk Maimunah Mohd Sharif yang dilantik sebagai Pengarah Eksekutif di UN-Habitat disenarai sebagai individu dan wanita pertama di Asia yang memegang jawatan itu dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Maimunah memberitah­u pemberita beliau diberi pengiktira­fan oleh MBOR dalam satu majlis Khamis.

Berkongsi lanjut dengan p e m b e r i t a pada sidang akhbar yang turut dihadiri Ketua Menteri Lim Guan Eng, wanita yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu berterima kasih kepada kerajaan negeri kerana memberikan sokongan kepadanya.

“Terima kasih kepada kerajaan negeri kerana telah pun memberikan saya sokongan yang padu sepanjang saya menjalanka­n tugas sebagai penjawat awam daripada pegawai perancang bandar sehinggala­h ke jawatan Yang Dipertua dan Datuk Bandar. Saya akan berangkat ke Nairobi, Kenya pada 20 Jan ini untuk memulakan tugas sebagai pengarah eksekutif UN-Habitat,” katanya.

Pelantikan Maimunah, 56, dibuat oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres yang mendapat sokongan sebulat suara dalam perhimpuna­n agung pertubuhan itu pada 23 Dis, menjadikan beliau sebagai wanita pertama di Asia yang menjawat jawatan itu. Beliau akan menggantik­an pengarah eksekutif UN-Habitat yang juga bekas Datuk Bandar Barcelona, Joan Clos yang tamat kontrak secara rasmi pada 31 Dis lalu. UN-Habitat ialah agensi PBB yang bertanggun­gjawab menambah baik kehidupan di bandar yang pesat membangun. — Bernama

 ??  ?? MAIMUNAH
MAIMUNAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia