Utusan Borneo (Sarawak)

Misi Ocean Infinity: Sinar harapan muncul kembali kepada waris mangsa MH370

-

SINAR harapan muncul kembali bagi waris penumpang pesawat Malaysia Airlines Penerbanga­n MH370 untuk mendapatka­n penjelasan muktamad apabila satu memorandum persefaham­an (MoU) ditandatan­gani antara Malaysia dan Ocean Infinity Limited dari Amerika Syarikat bagi memulakan usaha baharu untuk mencari pesawat itu yang hilang pada 2014.

Shin Kok Chau, suami penumpang MH370 Tan Ser Kuin, yang hadir pada upacara menandatan­gani MoU itu di Kementeria­n Pengangkut­an hari ini, terus menaruh harapan tinggi pesawat itu akan ditemukan dan sekali gus merungkai misteri yang masih menghantui­nya sekeluarga.

B e l i a u berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana tidak berputus asa untuk mencari pesawat berkenaan dan terus memberi sokongan serta maklumat berkaitan MH370.

“Saya ingin ucap terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai dan semua kementeria­n serta agensi yang terlibat dengan usaha b a h a r u m e n c a r i MH370 ini dan empat tahun lepas.

“Berita ini memberi rasa lega kepada saya sekeluarga. Saya berharap pasukan operasi ini akan berjaya menemukan sesuatu untuk memberi penjelasan muktamad kepada kami,” kata Shin, 42, kepada pemberita selepas upacara itu.

Pertengaha­n bulan lepas, Kerajaan Malaysia dan Ocean Infinity, sebuah syarikat penerokaan dasar laut, telah menandatan­gani perjanjian untuk mencari pesawat yang hilang itu dan di bawah perjanjian berkenaan, kapal Seabed Constructo­r akan membuat pencarian di kawasan 25,000km persegi dalam masa 90 hari. Pencarian itu dilakukan atas dasar ‘no cure, no fee,’ yang bermakna, bayaran akan hanya diberi apabila serpihan pesawat yang hilang itu ditemukan dan disahkan pihak ketiga.

Berkongsi sentimen serupa, V. P. R. Nathan, yang ister- inya, Anne Daisy menaiki pesawat berkenaan yang hilang ketika dalam penerbanga­n dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014, berkata memang sukar untuk menerima hakikat, tanpa mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kepada keluarga terlibat dan penerbanga­n mereka.

“Kami tidak menetapkan sebarang sasaran, kami hanya ingin mendapatka­n penjelasan dan ingin tahu apa yang telah berlaku. Saya berterima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana tidak menutup harapan kami serta tidak berputus asa untuk mencari MH370, dan kepada Ocean Infinity atas inisiatifn­ya menggunaka­n teknologi dan perbelanja­an sendiri untuk mengesan bangkai pesawat berkenaan. Sudah empat tahun kami menderita, tanpa mendapat sebarang petunjuk tentang kejadian itu,” katanya.

Jacquita Gonzales pula masih menaruh harapan agar Patrick Gomes, buah hatinya semasa zaman kanak-kanak, yang kemudian menjadi suaminya dan ketua pramugara dalam pesawat malang itu, akan pulang ke rumah suatu hari nanti. — Bernama

 ??  ?? OLIVER
OLIVER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia