Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota PBS perlu bijak dan fokus kepada perjuangan: Pairin

-

KUNDASANG: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mahu anggota parti bertindak bijak serta tidak goyah dalam memastikan perjuangan dan matlamat parti tercapai.

Katanya perpaduan bukan sahaja memperkuku­h jentera parti tetapi juga menyediaka­n anggota untuk mendepani cabaran khususnya ketika pilihan raya semakin hampir.

“Kita perlu mengambil langkah yang bijak untuk memperkuku­h jentera pilihan raya kita dan bersedia dengan apa juga yang menunggu.

“PBS telah melalui pelbagai cabaran sejak penubuhann­ya tiga dekad lalu namun saya bangga kerana kita kekal fokus dalam perjuangan kita serta mempertaha­nkan hak Sabah dan anak-anak Sabah yang sentiasa menjadi teras perjuangan kita,” kata Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Berucap semasa melancarka­n bengkel persediaan pilihan raya selama tiga hari di sini, beliau berkata adalah amat penting untuk mengekalka­n hubungan baik dengan parti komponen Barisan Nasional yang lain bagi memastikan kemenangan besar gabungan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau berkata walaupun PBS telah meletakkan asas yang kukuh selama ini, anggota dan pemimpin tidak boleh lalai, sebaliknya perlu terus bekerja keras bagi memastikan rakyat, khususnya generasi muda memahami misi dan perjuangan parti.

“Pemimpin dan anggota PBS jangan sekali-kali culas (dalam perjuangan parti). Kita mesti memperkuku­h perpaduan kita bagi mengatasi cabaran termasuk pengaruh parti (politik) lain yang cuba memesongka­n kita dan meninggalk­an gabungan.

“Kita mesti tanya diri sendiri sama ada kita sudah bersedia menghadapi cabaran yang menunggu… saya percaya kita sudah bersedia kerana kita tidak pernah berhenti daripada memperjuan­gkan matlamat demi kebaikan negeri dan rakyat,” katanya.

Pairin berkata PBS perlu bekerja keras untuk mempertaha­nkan 18 kerusinya termasuk lima kerusi parlimen serta merampas kembali kerusi yang tewas pada pilihan raya umum lalu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia