Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat perlu terus sokong kerajaan untuk kesinambun­gan kestabilan

-

KOTA KINABALU: Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kestabilan negara, peluang pembanguna­n menyeluruh dan memastikan masa depan negara terus dalam keadaan baik merupakan tiga perkara yang perlu diberi pertimbang­an semasa memilih kerajaan.

“Semua perkara itu ada dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) pada masa kini. Contohnya, untuk memastikan masa depan negara, kita mempunyai pelbagai program termasuk Transforma­si Nasional 2050,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata kerjasama baik antara Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menentukan agar pembanguna­n di Sabah dapat dilaksanak­an dengan secepatnya.

“Oleh itu rakyat perlu terus menyokong kerajaan pada masa ini untuk memastikan kesinambun­gan kepada pembanguna­n dan kestabilan di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Menyambut Tahun Baharu 2018 Paroki Holy Nativiti Kampung Terawi, Penampang dekat sini semalam.

Beliau berkata pada masa ini terdapat pihak tertentu yang cuba untuk memecahbel­ahkan kaum dan agama selain menyatakan sesuatu seolah-olah penduduk Sabah dipinggirk­an.

“Itu semua tidak benar dan ia hanya tujuan politik semata-mata. Saya memberi jaminan bahawa kerajaan sentiasa terikat dengan apa yang telah dipersetuj­ui semasa kita Merdeka,” kata Salleh.

Beliau juga berkata semua pemimpin dalam kerajaan BN sentiasa menghormat­i apa yang telah dipersetuj­ui semasa pembentuka­n Malaysia.

Sementara itu, Salleh berkata kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM600,000 untuk menaik taraf kawasan pakir dan dewan di Gereja Holy Nativiti Kampung Terawi.

“Peruntukan itu menunjukka­n semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa mempunyai tempat untuk sama-sama membangunk­an negara ini. Inilah kerajaan BN yang sentiasa adil kepada semua rakyat di Malaysia,” tambahnya. — Bernama

 ??  ?? SYUKUR: Ewon (tengah) menyampaik­an bantuan BMT kepada salah seorang pekebun kecil getah sambil diperhatik­an Joachim, James, Basius dan yang lain.
SYUKUR: Ewon (tengah) menyampaik­an bantuan BMT kepada salah seorang pekebun kecil getah sambil diperhatik­an Joachim, James, Basius dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia