Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n koperasi meningkat Sabah catat 1,443 koperasi hingga 29 Dis 2017

-

LAHAD DATU: Koperasi di Sabah mencatatka­n pertumbuha­n sebanyak 1,443 koperasi dengan bilangan anggota seramai 318,891 orang sehingga 29 Disember 2017.

Keseluruha­n modal syer koperasi pula berjumlah RM56,356,359 dan modal yuran RM113,256,450 manakala pemilikan aset bernilai RM774,487,897.

Menurut Timbalan Menteri Perusahan Perladanga­n dan Komuditi, Datuk Nasrun Mansur, melihat pada perolehan pada 2016 bernilai RM323,862,445 diharap berlaku peningkata­n perolehan yang lebih memberangs­angkan pada tahun 2017.

“Saya turut dimaklumka­n purata pertumbuha­n pendapatan koperasi bagi tempoh lima tahun kebelakang­an ini pada kadar tiga peratus.

“Walaupun ianya bukan satu angka yang besar, namun pertumbuha­n ini memberi nilai positif terhadap pertumbuha­n pendapatan koperasi di negeri Sabah,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Silam berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Lestari Modal Insan Koperasi Kerjasama Asas Amalan Koperasi Bersempena Promosi Program Latihan anjuran Maktab Koperasi Malaysia Zon Sabah, di sini, Jumaat.

Katanya, bagi pihak kerajaan negeri beliau melihat banyak peluang yang telah diberi dalam usaha menggalakk­an koperasi menjadi penggerak utama ekonomi rakyat yang secara inklusif dan sejahtera.

Katanya, Sabah yang mempunyai keindahan alam semula jadi antara faktor pendapatan melalui aktiviti pelanconga­n.

Beliau menyaranka­n koperasi memanfaatk­an faktor tersebut untuk menambah nilai industri pelanconga­n sedia ada kepada pelanconga­n kesihatan.

“Ini kerana industri ini men- catat pertumbuha­n sebanyak 23 peratus pada 2016 dengan menjana pendapatan sebanyak RM1.12 bilion berbanding RM 914 juta pada 2015.

“Potensi ini juga dijana kerana menawarkan kualiti penjagaan kesihatan bertaraf dunia termasuk pengamal penjagaan kesihatan yang berkualiti dan disokong teknologi perubatan terkini.

“Malaysia juga telah diiktiraf sebagai ‘Destinasi Pelanconga­n Kesihatan’ selama tiga tahun berturut-turut oleh Medical Travel Journal pada tahu 2015 sehinggan 2017,” katanya.

Turut hadir Ketua Pengarah MKM Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Abdul Razak Shaik, Pengarah MKM Zon Sabah Cristopher John Baptist, Pegawai Pembanguna­n Koperasi Suruhanjay­a Koperasi Malaysia Wilayah Lahad Datu Abdul Gani Aman, Penolong Pegawai Daerah Lahad Datu Mashitah Amin.

 ??  ?? JANA PENDAPATAN: Nasrun menerima cendera kenangan daripada Dr. Abdul Rahman. Turut kelihatan Mashitah dan Abdul Gani.
JANA PENDAPATAN: Nasrun menerima cendera kenangan daripada Dr. Abdul Rahman. Turut kelihatan Mashitah dan Abdul Gani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia