Utusan Borneo (Sarawak)

13,904 pekebun getah terima Bantuan Musim Tengkujuh lebih RM2.7 juta

-

RANAU: Kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa prihatin dan memahami keperluan rakyat, termasukla­h golongan pekebun getah di negeri ini yang terjejas ekoran musim tengkujuh.

Sehubungan itu, seramai 13,904 pekebun kecil dan penoreh getah berdaftar di daerah ini menerima bayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melibatkan jumlah peruntukan lebih RM2.7 juta.

Bayaran secara berperingk­at oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) itu diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) St. Benedict di sini, pada Khamis, dengan dihadiri sebahagian besar penerima BMT.

Pegawai Penguasa LIGS Ranau, Justine A/ K John Colony ketika ditemui media memberitah­u, pembayaran pertama sebanyak RM200 seorang telahpun dibuat bermula November 2017.

“Mereka yang layak dan berdaftar sebagai penerima BMT akandibaya­rsecaraber­peringkat sebanyak tiga kali iaitu RM200 bagi setiap kali pembayaran selama tiga bulan,” katanya. Menurutnya, pembayaran BMT bagi daerah ini melibatkan jumlah keseluruha­n sebanyak RM2,780,800 dengan bayaran pertama kepada 4,956 penerima pada bulan November 2017 melibatkan peruntukan sebanyak RM991,200.

“Manakala untuk bulan Disember 2017, sebanyak RM895,400 dibayar kepada 4,477 penerima dan bulan Januari 2018 sebanyak RM894,200 akan dibayar kepada 4,471 penerima,” jelas Justine.

Sementara itu, Ahli Parlimen P179 Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin yang hadir menyempurn­akan majlis penyampaia­n bantuan tersebut berkata, BMT merupakan sebahagian inisiatif kerajaan yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dalam Bajet 2017.

Katanya, Perdana Menteri telah mengumumka­n peruntukan sejumlah RM261 juta untuk membantu kira-kira 440,000 pekebun kecil getah di seluruh negara bagi menghadapi musim tengkujuh yang menjejaska­n hasil getah mereka.

“Kerajaan Barisan Nasional sentiasa memastikan kebajikan rakyat termasukla­h pekebun kecil dan penoreh getah yang terkesan akibat musim tengkujuh,” katanya.

Menurut Ewon, BMT merupakan bantuan tambahan kerajaan yang sedia ada kepada pekebun kecil getah sebelum ini di seluruh negara bagi meringanka­n bebanan dihadapi mereka ekoran pendapatan torehan terjejas akibat musim tengkujuh.

Rekod yang diperolehi daripada LIGS Ranau menunjukka­n daerah Ranau mempunyai tanaman getah berkeluasa­n 5,388.9 hektar (dibuka oleh LIGS) sejak tahun pelaksanaa­nnya pada 1986 sehingga 2018 dengan 92 blok dan jumlah pekebun kecil seramai 1,989 peserta.

Turut hadir Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam, Pengurus Besar LIGS Basius Bailis, Setiausaha Politik Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah James Ingguru.

Hadir sama ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Karanaan Jahidin Lumat dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat ( PPM) Paginatan Geogina George serta wakil Pegawai Daerah Ranau Lasiman Kumbas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia