Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba Lahad Datu selamat harta lebih RM66 juta

-

LAHAD DATU: Tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Lahad Datu berjaya menyelamat­kan harta benda bernilai RM66,902,195.78 dalam kes kebakaran di daerah itu sepanjang Januari hingga Disember, tahun lalu.

Ketua Balainya Mohd Apandi Mahmood berkata pihaknya menerima 95 panggilan kebakaran dan taksiran kerugian harta benda bernilai RM6,636,165.22 bagi tempoh sama tahun lalu.

Katanya pihaknya sentiasa berusaha memberi tindak balas pantas dan mengenal pasti kelemahan untuk penambahba­ikan bagi memastikan operasi menyelamat yang dilaksanak­an berjalan lancar.

“Tahun lalu kita turut menerima 148 panggilan operasi penyelamat­an dengan enam mangsa berjaya diselamatk­an manakala 19 mangsa lagi dilaporkan meninggal dunia,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirka­n terima kasih terhadap bomba komuniti yang membantu pihaknya dengan tampil pantas terhadap setiap kecemasan di kawasan masing-masing sebelum ketibaan jentera bomba.

Katanya setakat ini terdapat 16 bomba komuniti di Lahad Datu yang dilengkapi pelbagai peralatan penyelamat­an asas untuk bertindak melakukan penyelamat­an pada peringkat awal.

Sementara itu, beliau menggalakk­an masyarakat supaya menyediaka­n sekurangku­rangnya satu rumah satu alat pemadam api sebagai langkah pencegahan awal sekiranya berlaku kebakaran. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia