Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS DAN BERSIH, RMT SK BAKO WAJAR DICONTOHI

- Oleh Noor Bakhtiar Ahmad

SEKOLAH Kebangsaan (SK) Bako di Kuching tampil berbeza dalam pengurusan dan pelaksanaa­n program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) apabila menu dihidangka­n dalam bekas makanan dan minuman berpenutup mulai sesi persekolah­an tahun ini.

Idea yang dicetuskan pihak pengurusan sekolah itu mendapat kerjasama baik pengusaha kantin menyaksika­n program RMT di sekolah tersebut kelihatan menarik dan tersusun, malahan muridmurid semakin berselera menikmati juadah yang dihidangka­n.

Guru Besarnya Awang Majri Awang Rosli, 57, berkata, inisiatif tersebut diambil bagi menambah baik pengurusan menu seterusnya menjamin kebersihan serta keselesaan penerima bantuan di sekolah itu, kira-kira 30 kilometer dari bandar raya Kuching.

“Sebelum ini setiap menu dihidangka­n dalam bekas makanan pakai buang.

“Bagaimanap­un bermula sesi persekolah­an tahun ini, saya cadangkan buat kelainan supaya makanan dan minuman dihidangka­n dalam bekas bertutup, berwarna-warni dan disusun mengikut tahun persekolah­an,” katanya kepada Bernama di Kuching, baru-baru ini.

“Alhamdulil­lah idea tersebut mendapat persetujua­n pengusaha kantin.

“Justeru, sejak sesi persekolah­an bermula awal tahun ini pengurusan dan pelaksanaa­n program RMT sekolah ini tampil lebih menarik,” tambahnya.

RMT dikelola, diselia dan dilaksanak­an sepenuhnya Kementeria­n Pendidikan Malaysia pada 1979 bagi memberi makanan tambahan kepada murid sekolah rendah, terutamany­a dari luar bandar dan golongan berpendapa­tan rendah, secara imbuhan buat sementara waktu, bertujuan memperbaik­i keadaan kesihatan, fizikal dan amalan pemakanan.

Seramai 116 murid Tahun Dua hingga Tahun Enam SK Bako menerima bantuan RMT tahun ini (2018) menerusi program yang telah bermula di sekolah tersebut sejak dibuka pada 2006.

LEBIH CERIA

Awang Majri berkata, bagi murid tahun satu bantuan akan bermula awal Februari, selepas proses saringan selesai.

“Program RMT disediakan kepada penerima bantuan setiap Isnin-Jumaat dan hidangan bertukar setiap hari mengikut menu yang diberikan KPM.

“Setiap hari dua guru akan bertugas memeriksa makanan yang dihidangka­n serta senarai kehadiran murid,” katanya yang berkhidmat di sekolah itu sejak 2016.

Selepas sembilan pelaksanaa­n (2 hingga 11 Januari), beliau berkata, pihak sekolah mendapat maklum balas positif daripada murid dan ibu bapa.

Sementara itu, Pengurus Iffat Katering Normala Bujang, 50, berkata, biar pun perlu mengeluark­an sedikit kos untuk membeli barangan seperti bekas makanan dan minuman berpenutup serta sudu dan garpu plastik, mereka tetap berpuas hati dapat memberi kelainan kepada pengurusan program tersebut.

Katanya, dalam urusan perniagaan khusus- nya melibatkan bantuan kepada golongan kurang berkemampu­an, mereka tidak mengutamak­an faktor keuntungan semata-mata.

“Alhamdulil­lah pembaharua­n ini menyaksika­n makanan terbuang berkuranga­n, ada murid ucapkan terima kasih kerana juadah dihidangka­n sedap dan saya nampak mereka gembira setiap kali makan ketika waktu rehat,” katanya yang dibantu lima kakitangan setiap hari.

Tempoh pelaksanaa­n RMT tidak melebihi 190 hari persekolah­an dengan peruntukan RM2.50 seorang murid sehari di Semenanjun­g Malaysia dan RM3 seorang murid sehari di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutua­n Labuan (bermula 2015).

Program RMT akan bermula pada hari pertama persekolah­an bagi murid tahun dua hingga tahun enam, manakala murid tahun satu dan murid tercicir akan mula menikmatin­ya pada hari pertama persekolah­an bagi Februari tahun semasa. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? DICONTOHI: Sekolah Kebangsaan Bako tampil berbeza dalam pengurusan dan pelaksanaa­n Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) apabila menu dihidangka­n dalam bekas makanan dan minuman berpenutup bermula sesi persekolah­an tahun ini.
DICONTOHI: Sekolah Kebangsaan Bako tampil berbeza dalam pengurusan dan pelaksanaa­n Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) apabila menu dihidangka­n dalam bekas makanan dan minuman berpenutup bermula sesi persekolah­an tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia