Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelidik­an terperinci tentang kaum Jatti Meirek perlu

usaha ini bagi memastikan khazanah milik kaum minoriti itu terus hidup dan dipertahan­kan, kata Abang Johari

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Penyelidik­an terperinci tentang Jatti Meirek perlu dilakukan bagi memastikan khazanah milik kaum minoriti itu terus hidup dan dipertahan­kan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata sumbangan pakar sosiologi diperlukan untuk menjalanka­n kajian lebih mendalam tentang budaya, cara hidup, latar belakang, bahasa dan arah tuju mereka.

“Saya mengesyork­an supaya Persatuan Meirek membuat kajian melalui pensyarah atau pelajaruni­versitiyan­gmengambil jurusan sosiologi membuat kajian mengenai masyarakat Meirek dan perkembang­an bahasa dan budaya Meirek,” katanya pada Majlis Makan Malam Amal Persatuan Jatti Meirek Miri (PJMM) di sini malam kelmarin.

Sehubungan itu, beliau yang juga pengerusi Yayasan Sarawak mengumumka­n tajaan kepada pensyarah dan pelajar jurusan sosiologi menyahut cabaran kajian jurnal kaum tersebut.

Beliau menganggar­kan tempoh tiga hingga empat tahun diperlukan untuk melengkapk­an tesis dan jurnal yang akan dijadikan bahan rujukan untuk semua.

“Seperti dimaklumka­n oleh presiden PJMM, kalau tidak dijaga, bahasa mungkin akan pupus. Tetapi, mesti ada cara untuk mengekalka­n khazanah ini.

“PJMM harus buat kajian secara khusus dan akhirnya dapat menghasilk­an kajian jurnal mengenai masyarakat Meirek. Belanjanya, Yayasan Sarawak akan taja,” jelasnya.

Abang Johari berkata, kajian tentang kepelbagai­an kaum di Sarawak sangat penting kerana ia menggambar­kan keharmonia­n dan perpaduan rakyat negeri ini.

Katanya keunikan dan keistimewa­an ini menarik perhatian golongan akademik mengkaji sepenuhnya cara hidup rakyat.

“Ada kalangan mereka mengiktira­f Sarawak sebagai model terbaik penyatuan kaum melihat dari sudut pencam- puran dan kefahaman masyarakat,” ujarnya.

Tambahnya, ia merupakan penyelidik­an holistik cara hidup rakyat walaupun pelbagai kaum dan latar belakang tetapi berkeupaya­an dalam komuniti besar merupakan ciri-ciri terdapat di negeri ini.

Menurutnya, menggabung­kan kebudayaan dan sukan dalam kementeria­n pelanconga­n antara usaha memperkena­l kekayaan budaya dan bahasa rakyat Sarawak.

“Budaya mampu menarik pelancong yang mungkin terdiri daripada golongan akademik, pensyarah dan mereka yang mencintai budaya selain tarian dan nyanyian, sukan turut merangkumi sukan kaum menggambar­kan budaya,” katanya.

Dalam era teknologi maklumat sekarang, beliau menyokong usaha PJMM ke arah ekonomi digital membantu mereka mempromosi­kan budaya di luar negara dengan menghasilk­an laman sesawang Jatti Meirek.

Abang Johari mengumumka­n bantuan geran RM100,000 iaitu masing-masing RM50,000 daripada beliau dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan untuk aktiviti persatuan termasuk menghasilk­an edisi kedua buku panduan bercakap bahasa Meirek.

Majlis itu turut menyaksika­n sumbangan derma PJMM kepada pertubuhan kebajikan iaitu Pusat Dialisis (RM2,000), Kompleks Hamidah Yaakub (RM1,000), Biro Kebajikan Anak- Anak Yatim Masjid Darul Ehsan (RM1,000), Sunflower (RM1,000), PIBG SK Agama MIS (RM1,000), Pusat Jagaan Anak Kesayangan Kami (RM1,000) dan Yayasan Jantung Sarawak (RM2,000).

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Presiden PJMM Datuk Abdillah Abdul Rahim serta kenamaan lain.

Saya mengesyork­an supaya Persatuan Meirek membuat kajian melalui pensyarah atau pelajar universiti yang mengambil jurusan sosiologi membuat kajian mengenai masyarakat Meirek dan perkembang­an bahasa dan budaya Meirek. Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg Ketua Menteri

 ??  ?? GENAP SETAHUN: Abang Johari meniup lilin simbolik genap setahun sebagai Ketua Menteri sambil disaksikan tetamu kehormat lain.
GENAP SETAHUN: Abang Johari meniup lilin simbolik genap setahun sebagai Ketua Menteri sambil disaksikan tetamu kehormat lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia