Utusan Borneo (Sarawak)

Lembaga Rumbia Sarawak tingkat pendapatan masyarakat pesisir

-

MUKAH: Penubuhan Lembaga Rumbia Sarawak bakal melonjakka­n masyarakat di kawasan pesisir pantai ke arah masyarakat berpendapa­tan tinggi.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak Dato Sri Fastimah Abdullah berkata, penambahba­ikan tanaman itu akan membantu memperting­katkan taraf hidup.

“Rumbia pada masa kini adalah penyumbang keempat terbesar dalam industri pertanian negeri selepas kelapa sawit, lada dan perikanan,” katanya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Mukah kelmarin.

Menurutnya, tidak mustahil sebarang usaha yang dilakukan secara bersistema­tik dan profesiona­l untuk mempelbaga­i dan meningkatk­an kuantiti dan kualiti aktiviti ekonomi berasaskan rumbia akan merangsang sumbangan kepada industri berkenaan.

Ini katanya, termasuk usaha untuk meluaskan pasaran produk berkaitan rumbia sama ada secara huluan atau hiliran.

“Sembilan puluh peratus daripada kawasan penanaman rumbia di Sarawak juga dikendali pekebun-pekebun kecil,” ujarnya.

Di samping usaha memperting­katkan ekonomi di kalangan pengusaha kecil, 702 permohonan yang diterima daripada pekebun kecil untuk mendapat surat hak milik juga harus dipertimba­ng kerana mereka telah mengusahak­annya sejak sekian lama.

Mengenai parti, Fatimah berterima kasih kepada pemimpin-pemimpin terdahulu kerana telah berjuang mengikut kesesuaian keperluan serta tuntutan era terdahulu.

Para pemimpin itu katanya, menyediaka­n tapak bagi parti bergerak dan bertindak mengikut kesesuaian perubahan zaman sehingga kini.

Turut berucap Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg dan turut hadir isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Datuk Juma’ani Tun Tuanku Bujang, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Talib Zulpilip, menteri-menteri muda dan dif kenamaan lain.

 ??  ?? SIMBOLIK: Fatimah ( kanan) menyerahka­n pendayung sebagai cenderamat­a kepada Abang Johari (dua kiri).
SIMBOLIK: Fatimah ( kanan) menyerahka­n pendayung sebagai cenderamat­a kepada Abang Johari (dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia