Utusan Borneo (Sarawak)

Wan Zain yakin PBB menang besar di Parlimen Mukah

-

MUKAH: Bayangan kemenangan besar bagi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Parlimen Mukah dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) begitu meyakinkan.

Pemerhati politik Datuk Wan Zain Syed Mohdzar berkata, kehadiran 2,500 perwakilan PBB dari kawasan berkenaan boleh diterjemah­kan kepada kemenangan Barisan Nasional (BN) pada PRU14 kelak.

“Kehadiran perwakilan itu boleh diterjemah­kan kepada undi yang bakal memberi kemenangan kepada calon BN kelak,” katanya semalam kepada Utusan Borneo ketika mengulas mengenai kehadiran perwakilan zon berkenaan yang pada mulanya dijangka hanya 2,000.

Ia juga boleh dilihat sebagai kepercayaa­n daripada akar umbi parti terhadap teraju utama kepimpinan parti yang diketuai Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

“Melihat kepada kehadiran tersebut, sudah tentu membuktika­n sokongan atas kepimpinan Abang Johari sebagai Ketua Menteri yang sebenarnya baharu sahaja memikul tanggungja­wab tersebut genap setahun,” jelasnya.

Bagaimanap­un mengenai calon di kawasan berkenaan, beliau memberitah­u, tidak mustahil jika calon tidak diminati pengundi boleh menjejaska­n jumlah undi majoriti.

Beliau menegaskan bahawa pemilihan calon yang bakal diturunkan mestilah sesuai dengan kehendak dan aspirasi rakyat.

Mengenai kemungkina­n terdapat pelobi calon bagi kerusi dimaksudka­n, beliau berpendapa­t perkara seumpama itu harus dielakkan.

“Ini kerana seringkali para pelobi tidak akan berkhidmat dengan baik, di mana kebanyakan pelobi mengejar kedudukan dan jika dah berjaya, dah menang, mereka akan menjauhi kawasan,” ulasnya.

Sebelum ini, penganalis­is politik Profesor Madya Dr Jeniri Amir turut memberi pandangan sama bahawa bakal calon di kawasan berkenaan harus memahami kehendak serta aspirasi rakyat setempat.

Jeniri juga menekankan bahawa calon yang dikemukaka­n harus terdiri daripada golongan terpelajar dan mempunyai kebolehan berbahasa Melanau, di samping menampilka­n muka baharu.

 ??  ?? WAN ZAIN
WAN ZAIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia