Utusan Borneo (Sarawak)

850 kereta dicuci di bawah program amal anjuran KTS, STIHL

-

KUCHING: Sebanyak 850 kereta berjaya dicuci di bawah Program Amal Cuci Kereta anjuran Kumpulan Syarikat KTS dan STIHL yang berlangsun­g selama dua hari mulai 13 Januari lalu.

Program amal itu diadakan sempena Ulang Tahun Ke-50 kerjasama antara Kumpulan Syarikat KTS dan STIHL yang turut menjadi sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya yang diadakan lima tahun sekali.

Program amal itu bertujuan mengumpul dana bagi membantu 23 sekolah persendiri­an Cina di Sabah dan Sarawak, iaitu 14 sekolah di Sarawak dan sembilan di Sabah.

Pada majlis penutupan program amal itu semalam, turut diadakan acara cabutan bertuah untuk orang ramai yang telah membeli kupon amal tersebut.

Seramai 20 pemenang bertuah dari bandar raya ini dipilih untuk menerima hadiah cabutan bertuah berupa produk keluaran syarikat berkenaan.

Tempat pertama dimenangi pemegang kad pengenalan 940130-13-XXXX dengan hadiah berupa produk STIHL RE98 High Pressure Cleaner.

Tempat kedua jatuh kepada pemegang kad pengenalan 570824-13-XXXX dengan hadiah berupa produk STIHL SE62 Vacuum Cleaner.

Manakala tempat ketiga dan keempat dimenangi pemegang kad pengenalan 661001- 13- XXXX ( Ting Heng Sung) dan K0295553 (Tan Mee Tzian) yang masing-masing memenangi hadiah berupa produk STIHL FSA56 Cordless Brush Cutter dan STIHL FSA45 Cordless Grass Trimmer.

Sementara itu, tempat kelima dimenangi pemegang kad pengenalan 930728-13XXXX (Vincent Toh Zing Hui), 910204- 13- XXXX (Karen Chan Ling), 83110713-XXXX (Yeo Chuan Hui), 590216-13-XXXX (Su Sam Siem), 550109- 13- XXXX (Lee Eng Soon) dan 82070613-XXXX (Jenny Lai Siew Hiong).

Kesemua mereka masingmasi­ng memenangi hadiah berupa produk STIHL HSA 25 Cordless Shrub Shears.

Bagi pemenang sagu hati pula, mereka ialah pemegang kad pengenalan 730928-13XXXX (Lee Chee Yong), 740416-13-XXXX (Law Hui Lok), 660918- 13- XXXX (Ang Chiou Shiang), 00061613- XXXX, 910804- 13XXXX (Lai Siong Yew), 520511-13-XXXX (Wong Kah Siong), 770527- 13XXXX ( Edward Sim), 820529-13-XXXX (Ho Ai Ying), 770516- 13- XXXX dan 771225-13-XXXX (Jordan Kiq).

Kesemua pemenang hadiah sagu hati itu masing-masing memenangi hadiah berupa produk STIHL Chronograp­h Watch.

Untuk mendapatka­n hadiah tersebut, kesemua para pemenang cabutan bertuah itu diminta menghubung­i KTS Trading di talian 082245245.

Sebelum ini, Timbalan Pengarah Urusan KTS Temenggung Datuk Vincent Lau memberitah­u, kutipan dana itu bertujuan membantu sekolah persendiri­an Cina yang tidak mendapat sebarang geran daripada kerajaan.

Katanya, tujuh lokasi dipilih bagi tujuan tersebut dan selepas KTS Garden semalam, program sama akan diadakan di Sibu, Bintulu, Miri, Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau selama tiga bulan sehingga Mac tahun ini bermula jam 8 pagi hingga 4 petang yang turut melibatkan guru dan murid sekolah-sekolah terbabit.

Kupon telah mula dijual kepada orang ramai sejak Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia