Utusan Borneo (Sarawak)

Beri pendedahan kepada peserta mengenai ilmu robotik, bangun daya kreativiti

-

ALOR SETAR: Program Pertukaran Robotik Antarabang­sa Malaysia-Belgium boleh menjadi platform untuk mencungkil bakat generasi muda dalam teknologi baharu robotik.

Penganjur program Luthffi Idzhar Ismail, 31, berkata program itu dapat memberi pendedahan kepada peserta mengenai ilmu robotik selain membantu membangun daya kreativiti dan inovasi mereka.

“Melalui program ini, saya dan dua pengajar daripada Fakulti Kejurutera­an, Ghent Universiti, Belgium akan berkongsi ilmu robotik bersama pelajar melalui bengkel interaktif yang akan dikendalik­an, di samping memperluas­kan ilmu pengetahua­n dalam bidang robotik.

“Sebelum ini, program sama telah diadakan di beberapa negara antaranya India dan Argentina. Jadi di Malaysia, ini merupakan projek perintis dan selepas ini kita ingin kembangkan lagi program ini di seluruh Kedah serta semua negeri,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Seramai 80 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Abd Aziz dan 40 pelajar Sekolah Kebangsaan ( SK) Kangkong, Simpang Empat, di sini terlibat dalam program empat hari itu diajar perkara asas robotik menggunaka­n perisian ‘Dwengo’ dari Belgium.

Luthffi Idzhar yang juga penuntut Doktor Falsafah (PhD), Fakulti Kejurutera­an di Ghent Universiti, Belgium dan tenaga akademik muda di Fakulti Kejurutera­an, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata dia melihat program ini dapat membantu memperkemb­angkan lagi bidang robotik di Malaysia.

“Saya tengok bidang robotik di negara luar hebat. Kita sebenarnya ada kemudahan, cuma kekurangan pengetahua­n dalam bidang ini. Sudah sampai masanya kita guna kreativiti dan idea untuk mencipta robot dan perisian sendiri,” katanya.

Sementara itu, Pengetua SMK Tunku Abd Aziz Nur’Asikin Othman berkata dia beruntung kerana sekolahnya terpilih untuk menyertai program yang dapat digunakan dalam membangunk­an Pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) pelajar.

“Melalui program ini, ia memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu berkaitan robotik. Tambahan pula, di sekolah ini pelajar mengambil matapelaja­ran reka cipta jadi mereka boleh gunakan ilmu yang mereka ada untuk mencipta sesuatu yang baharu,” katanya. — Bernama

Saya tengok bidang robotik di negara luar hebat. Kita sebenarnya ada kemudahan, cuma kekurangan pengetahua­n dalam bidang ini. Sudah sampai masanya kita guna kreativiti dan idea untuk mencipta robot dan perisian sendiri. Luthffi Idzhar Penuntut PhD, Fakulti Kejurutera­an di Ghent Universiti, Belgium

 ?? — Gambar Bernama ?? BATAL: Para peserta yang menyertai program ‘Ride For Glory’ Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018 anjuran CSSB di Central Spectrum Sdn Bhd Pulau Indah semalam.
— Gambar Bernama BATAL: Para peserta yang menyertai program ‘Ride For Glory’ Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018 anjuran CSSB di Central Spectrum Sdn Bhd Pulau Indah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia