Utusan Borneo (Sarawak)

CSSB lewat serah surat kebenaran Pesuruhjay­a Sukan, kata polis

-

SHAH ALAM: Kelewatan Central Spectrum Sdn Bhd ( CSSB) mengemukak­an surat kelulusan daripada Pesuruhjay­a Sukan kepada pihak polis adalah punca Cabaran Pulau Indah 180 Malaysia 2018 yang sepatutnya berlangsun­g semalam tidak mendapat kerjasama pihak berkuasa itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata pihak penganjur hanya mengemukak­an surat kelulusan berkenaan kepada pihaknya pada kira- kira 12.45 tengah malam kelmarin, kira-kira enam jam sebelum perlumbaan berlangsun­g.

“Untuk tempoh sesingkat itu agak mustahil untuk polis menyediaka­n anggota yang cukup untuk mengawal trafik di sepanjang 180 kilometer (km) laluan perlumbaan yang melibatkan empat daerah po- lis antaranya Klang, Banting dan Sepang kerana penugasan awal telah dibuat.

“Sepatutnya penganjur perlu mengemukak­an surat kelulusan berkenaan paling lewat 24 jam sebelum acara diadakan, jika penganjur mematuhi prosedur ini pihak polis tiada masalah untuk memberi kerjasama,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Kira-kira 1,000 peserta acara lumba basikal yang masuk edisi ketiga itu hampa apabila acara berkenaan dibatalkan pada saat akhir oleh penganjur atas alasan keselamata­n dan ditukar kepada acara kayuhan santai atau ‘Fun Ride’ sejauh 80 km.

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif CSSB, Datuk Mahmud Abbas dilaporkan memberi jaminan yuran penyertaan peserta akan dikembalik­an. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia