Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia pilihan terbaik untuk bersara di Asia

-

KUALA LUMPUR: Malaysia mendahului carta sebagai pilihan lokasi paling ideal untuk bersara dalam kalangan negara Asia pada 2018, menurut Retirement Index baharu daripada Internatio­nal Living.com.

Berdasarka­n indeks terbaharu yang turut mengambil kira beberapa kriteria seperti kos sara hidup, penjagaan kesihatan dan iklim oleh laman sesawang yang disebutkan, Malaysia menduduki tempat kelima secara global manakala Costa Rica adalah destinasi pilihan utama untuk bersara di dunia.

Laman sesawang itu mendedahka­n Malaysia adalah lokasi ideal kerana iklim tropika dan menawarkan pilihan terbaik untuk pesara sama ada di tengah-tengah bandar atau di pekan-pekan kecil, yang kebanyakan­nya dikeliling­i alam semulajadi atau pantai.

Ia juga mengambil kira bahawa pesara mampu tinggal selesa di sini dengan hanya AS$2,500 (AS$1 = RM3.97) sebulan dan jumlah itu sangat kecil berbanding kos hidup di negara barat.

Selain itu, ia juga menyatakan bahawa pelanconga­n kesihatan merupakan antara faktor pilihan kerana negara ini menyediaka­n penjagaan kesihatan berkualiti pada harga berpatutan sementara pilihan restoran dan barangan runcit antarabang­sa boleh dimiliki dengan mudah jika pesara tiba-tiba rasa rindu pada kampung halaman.

Selain itu, laman sesawang tersebut memuji program Malaysia Rumah Keduaku kerana pilihan visa persaraan dianggap sebagai antara pilihan terbaik di dunia dan ia memudahkan proses untuk pesara berpindah ke sini apabila ketika tahun persaraan mereka.

Indeks tahunan itu menyenarai­kan 24 tempat perlind- ungan utama persaraan di seluruh dunia berdasarka­n pada kriteria utama iaitu persaraan yang gembira dan berjaya.

Selain Costa Rica dan Malaysia, destinasi lain yang turut disebutkan dalam senarai ialah Mexico di tempat kedua, diikuti Panama (ketiga), Ecuador (keempat), Colombia (keenam), Portugal (ketujuh), Nicaragua (kelapan), Sepanyol (kesembilan) dan Peru (ke-10). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia