Utusan Borneo (Sarawak)

Conte akui pemainnya bermain dalam keletihan pada aksi menentang Leicester City

-

LONDON, England: Pengurus Chelsea, Antonio Conte percaya jadual perlawanan padat dan kekurangan kekuatan dalaman pasukannya adalah punca kesukaran pasukan beliau mencari rentak permainan.

Chelsea kelihatan kurang bertenaga ketika terpaksa akur dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Leicester City di Stamford Bridge Sabtu lepas.

Buat kali pertama dalam sejarah kelab, Chelsea mencipta keputusan seri tanpa jaringan pada tiga perlawanan berturut-turut selepas seri tanpa jaringan dalam pertanding­an Piala FA Inggeris di Norwich dan seri pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris menentang Arsenal.

Malah penyingkir­an pemain Leicester, Ben Chilwell pada minit ke-68 kerana dua kad kuning, gagal mengubah nasib Chelsea, yang jelas dikuasai lawan dalam separuh masa pertama.

Dengan perlawanan ulangan Piala FA menentang Norwich pada pertengaha­n minggu, Conte bimbang dengan petanda keletihan pemainnya selepas jadual padat perlawanan pada musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu.

“Kami bermain dengan keletihan. Kami terjejas teruk dalam separuh masa pertama dan pada awal separuh masa kedua,” kata Conte.

“Kami bermain dengan segala keringat menentang Arsenal pada hari Rabu, dan kemudian menentang pasukan yang bagus dari segi fizikal seperti Leicester.

“Apabila saya membuat keputusan menurunkan Willian dan Pedro, permainan kami berubah. Kami mencipta peluang tetapi pada akhirnya, keputusan seri ini adalah adil.”

Conte membayangk­an tahap tenaga pasukannya memberi kesan kepada keputusan perlawanan ker- ana beliau tidak mempunyai pemain berkualiti dalam simpanan untuk mengekalka­n kecergasan pasukan dan beraksi baik di tahap tertinggi.

Beliau banyak merungut tentang kekurangan pembelian pemain oleh pengurusan kelab sejak membimbing Chelsea memenangi kejuaraan liga musim lepas.

“Saya melakukan penggilira­n pemain. Menentang Norwich saya melakukan sembilan pertukaran, menentang Arsenal saya melakukan 10 pertukaran,” kata beliau.

“Untuk berdepan semua pertanding­an, ia bukan mudah. Anda harus memiliki skuad yang besar dan jika tidak, anda boleh tewas menentang pasukan seperti Leicester.”

Walaupun dengan masalah kecergasan, harapan Conte untuk memulakan tahun 2018 dengan baik juga terjejas dengan kekurangan ketajaman di jentera serangan.

Empat keputusan seri berturut-turut dalam semua pertanding­an menyaksika­n Chelsea gagal menamatkan

Kami bermain dengan keletihan. Kami terjejas teruk dalam separuh masa pertama dan pada awal separuh masa kedua. Antonio Conte Pengurus Chelsea

saingan lawan, dengan penyerangn­ya, Alvaro Morata kelihatan hilang rentak.

Selepas sering menjaringk­an gol pada awal musim pertamanya di England, Morata hanya menjaringk­an tiga gol dari 14 penampilan, dengan tiada gol pada lima perlawanan terakhir.

Tetapi Conte berasa yakin Morata bukan satusatu masalah buat Chelsea.

“Masalah ini adalah dari pasukan, bukan hanya Morata seorang,” kata beliau. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Leicester City di Stamford Bridge. CONTE
— Gambar AFP BERTEMBUNG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Leicester City di Stamford Bridge. CONTE
 ??  ?? KANE
KANE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia