Utusan Borneo (Sarawak)

Pardew berjaya raih tiga mata penting

-

LONDON, England: Chelsea gagal mengelak perhatian kepada pengurusny­a, Antonio Conte selepas seri tanpa jaringan dengan Leicester City sementara Alan Pardew meraikan kemenangan pertama beliau dalam Liga Perdana apabila kelabnya, West Bromwich Albion menewaskan Brighton 2-0.

Chelsea gagal menembusi benteng Leicester dan jelas tidak berada di tahap terbaik hampir sepanjang perlawanan di Stamford Bridge, walaupun selepas Leicester bermain dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan­nya, Ben Chilwell dibuang padang.

Keputusan seri i tu menyebabka­n Chelsea kini ketinggala­n 15 mata di belakang pendahulu liga, Man- chester City, yang beraksi lewat menentang Liverpool.

“Saya fikir kami bermain dengan ramai pemain utama ketika menentang Arsenal (seri tanpa jaringan pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris), dan kemudian sekali lagi hari ini menentang pasukan yang sangat bagus,” kata Conte, yang dikhabarka­n akan berpindah ke Paris Saint Germain pada musim panas akan datang.

Alan Pardew meraikan kemenangan pertama beliau apabila West Bromwich Albion menewaskan Brighton 2- 0 sementara Newcastle United bangkit dari ketinggala­n untuk seri 1-1 dengan Swansea City.

West Brom, yang memulakan perlawanan berkongsi mata dengan Swansea, memerlukan empat minit untuk membuka jaringan di The Hawthorns menerusi tandukan Jonny Evans dari satu tendangan sudut.

Craig Dawson memastikan kemenangan liga pertama West Brom, sejak 19 Ogos dengan gol kedua pada minit ke-56.

Walaupun menang, West Brom masih kekal dalam zon penyingkir­an seperti Swansea, yang membuka jaringan di Newcastle menerusi gol Jordan Ayew pada minit ke-60 tetapi pemain gantian, Joselu, mengikat kedudukan 10 minit kemudian buat Newcastle.

James Ward-Prowse menjaringk­an dua gol pertama beliau dalam Liga Perdana buat Southampto­n tetapi ia tidak memadai untuk memberikan kemenangan apabila Watford bangkit dan mengikat kedudukan 2-2.

Pada perlawanan lain, Bakary Sako menjaringk­an gol tunggal kemenangan Crystal Palace pada minit ke-21 untuk menewaskan Burnley 1-0 di Selhurst Park sementara West Ham United membelasah Huddersfie­ld 4-1.

West Ham membuka jaringan pada minit ke-25 menerusi gol Mark Noble sebelum Joe Lolley mengikat kedudukan 1-1.

West Ham kembali di hadapan tidak lama selepas rehat menerusi gol Marko Arnautovic dan Manuel Lanzini menjaringk­an dua gol untuk melengkapk­an jaringan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KAWALAN KEMAS: Keita (kiri) mengawal bola sambil dikejar pemain Schalke, Max Meyer pada perlawanan Bundesliga di antara RB Leipzig dan Schalke 04 di Leipzig.
— Gambar AFP KAWALAN KEMAS: Keita (kiri) mengawal bola sambil dikejar pemain Schalke, Max Meyer pada perlawanan Bundesliga di antara RB Leipzig dan Schalke 04 di Leipzig.
 ??  ?? CEMAS: Antara babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris West Bromwich menentang Brighton di The Hawthorns.
CEMAS: Antara babak aksi perlawanan Liga Perdana Inggeris West Bromwich menentang Brighton di The Hawthorns.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia