Utusan Borneo (Sarawak)

Filem ‘The Shape of Water’ dahului pencalonan Bafta

-

FILEM fantasi ‘The Shape of Water’ memperoleh­i 12 pencalonan di Anugerah Bafta pada tahun ini, untuk mendahului pencalonan apabila musim anugerah filem bermula.

Diselubung­i kerahsiaan Perang Dingin, kisah seorang tukang cuci di sebuah makmal kerajaan Amerika Syarikat – dan orang Rusia yang mahukan penemuanny­a – bertanding untuk anugerah termasuk filem terbaik dan kesan visual khas.

Guillermo del Toro turut dicalonkan sebagai pengarah terbaik untuk filemnya, yang memenangi dua anugerah di Anugerah Golden Globe yang lalu.

Namun demikian, walaupun memenangi skor asal terbaik dan pengarah terbaik di acara Hollywood itu, ‘The Shape of Water’ gagal untuk mengubah pencalonan kepada kemenangan dalam lima kategori lain.

Mencermink­an pilihan di Anugerah Golden Globe, Akademi Seni Filem dan Televisyen Britain (Bafta) memberi sembilan pencalonan kepada drama jenayah ‘Three Billboards Outside Ebbing Missouri’ dengan sembilan pencalonan selepas filem itu mengutip empat trofi pada minggu lepas.

Menandingi harapan Bafta sedemikian adalah ‘Darkest Hour’, mengenai perdana menteri zaman perang Britain, Winston Churchill, juga dengan sembilan pencalonan menjelang acara berkenaan yang akan diadakan pada 18 Februari.

Tiga filem dengan pencalonan paling banyak semua dipaparkan dalam kategori filem terbaik selain kisah cinta dan kematangan ‘Call Me by Your Name’ dan filem Perang Dunia II ‘Dunkirk’.

Akademi itu juga mengetenga­hkan bakat panggung British, dengan drama abad ke-19 ‘Lady Macbeth’ dan ‘God’s Own Country’, tentang hubungan seorang petani dengan seorang pekerja migran, yang dicalonkan untuk anugerah filem British cemerlang.

Kategori itu juga merangkumi filem satira ‘The Death of Stalin’ selain ‘Darkest Hour’, ‘Three Billboards Outside Ebbing Missouri’ dan filem animasi ‘Paddington 2’.

Acara Bafta itu akan diadakan di Royal Albert Hall, London, dua minggu sebelum Anugerah Oscar yang dinanti-nantikan pada 4 Mac. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia