Utusan Borneo (Sarawak)

Dua beranak mati dibunuh di hotel mewah Hong Kong

-

HONG KONG: Seorang lelaki warga asing ditangkap setelah disyaki membunuh seorang wanita dan seorang budak lelaki semalam di hotel mewah Ritz-Carlton di kawasan pelabuhan Hong Kong, menurut pihak polis.

Pihak berkuasa bergegas ke hotel tersebut selepas menerima satu laporan pada pagi semalam mengenai pergaduhan membabitka­n seorang lelaki dan seorang wanita.

Wanita terbabit dan seorang budak lelaki ditemui mati di tempat kejadian manakala lelaki tersebut diberkas kerana disyaki mem- bunuh sebelum dihantar ke hospital.

Pihak polis tidak mengesahka­n hubungan di antara ketiga- tiga orang tersebut namun memberitah­u kesemua mereka adalah rakyat asing.

Menurut laman berita tempatan Apple Daily, pasangan terbabit yang berusia 40-an, dan anak lelaki mereka yang berusia tujuh tahun, adalah rakyat Korea dan mendaftar masuk ke hotel lima bintang itu beberapa hari sebelum kejadian.

Jurucakap Ritz- Carlton tidak segera memberikan respons terhadap pertanyaan AFP.

Hotel mewah itu terletak di tingkat atas menara pencakar langit tertinggi Hong Kong ICC dan terkenal dengan pemandanga­n indah bandar Hong Kong dan Pelabuhan Victoria.

Dalam insiden berasingan, pihak polis Hong Kong turut menyiasat kes bunuh dan bunuh diri melibatkan satu pasangan yang ditemui mati di sebuah estet perumahan awam berhampira­n sempadan dengan tanah besar China, lapor media tempatan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TEMPAT KEJADIAN: Pemandanga­n di sekitar hotel Ritz-Carlton di Pusat Dagangan Antarabang­sa (ICC) di tengah Hong Kong, semalam di mana dua beranak terbabit ditemui mati dibunuh.
— Gambar AFP TEMPAT KEJADIAN: Pemandanga­n di sekitar hotel Ritz-Carlton di Pusat Dagangan Antarabang­sa (ICC) di tengah Hong Kong, semalam di mana dua beranak terbabit ditemui mati dibunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia