Utusan Borneo (Sarawak)

PROGRAM BELIA MYY SUNTIK SEMANGAT KESUKARELA­WANAN•

- Oleh Jude Toyat

PROGRAM Khidmat Masyarakat Belia MYY yang dianjurkan dengan jayanya oleh Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri, baru-baru ini merupakan antara platform terbaik bagi menyuntik semangat kesukarela­wanan dalam kalangan belia.

Program yang telah dilaksanak­an dengan kerjasama Kelab Pacuan Empat Roda Bandar Minyak Taman Tunku Miri (OAC) tersebut turut disertai lebih 30 sukarelawa­n dari Baram Offroaders Club (BOC), Sarawak Hilux Club, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, Kelab Rakan Muda Bandar Miri, Kelab Belia Bersatu Miri, Fajar Internatio­nal College dan Evolution Fitness Club dengan menaiki 10 kenderaan pacuan empat roda.

Meskipun terpaksa meredah laluan jalan pembalakan penuh rintangan selama lebih kurang tiga jam ke Rumah Langat Anthony Collin dari bandar Miri, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat para sukarelawa­n terlibat untuk menghulurk­an bantuan kepada mangsa-mangsa rumah panjang yang terbakar awal bulan ini.

“Idea di sebalik program ini tercetus selepas kami mengetahui tentang tragedi kebakaran tersebut dari media.

“Berikutan itu, kami telah terdorong untuk datang membantu mangsa-mangsa kebakaran demi meringanka­n beban mereka,” jelas Pegawai Kelab Belia dan Sukan Miri Stephanie Wendy Stamford.

“Matlamat program tersebut telah dicapai dengan sempurna,” kata Presiden OAC Mohd Suffri Hamdan, 37, dari Miri.

“Kami juga berharap agar lebih banyak agensi kerajaan dan swasta serta badan bukan kerajaan turut melaksanak­an program sedemikian dan membantu mereka yang lebih memerlukan.

“Penglibata­n lebih ramai sukarelawa­n terutamany­a daripada golongan belia mampu meringanka­n beban mangsa-mangsa kebakaran ini yang memerlukan lebih banyak bantuan termasukla­h tangki biru untuk tadahan air minum dan barangan keperluan dapur.

“Pihak-pihak yang bertanggun­gjawab untuk memperbaik­i jalan-jalan yang rosak juga perlu memantau jalan-jalan tersebut untuk memudahkan mereka yang ingin menyumbang dan menghulurk­an bantuan sampai ke sini,” tambah Mohd Suffri.

Bagi ahli Kelab Rakan Muda Miri Edmund Harry, selain memberi peluang kepada para sukarelawa­n untuk menabur bakti kepada masyarakat setempat, program tersebut turut dilihat sebagai satu landasan untuk mengeratka­n hubungan dan kerjasama antara Kementeria­n Belia dan Sukan dengan kelabkelab yang ada di Miri.

“Program ini sangat bagus untuk mengeratka­n hubungan silaturahi­m dalam kalangan peserta. Ia juga mampu menyuntik semangat sukarelawa­n yang kini kian terhakis.

“Selain itu, program ini juga telah memberi peluang kepada mereka yang belum pernah ke kawasan pedalaman untuk merasai sendiri kepayahan penduduk pedalaman tanpa jalan raya yang sempurna,” jelas Edmund.

Shahriman Basir, 48, wakil dari IKBN Miri pula berpendapa­t program tersebut mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

“Program Khidmat Masyarakat Belia MYY adalah satu program yang amat baik dan membawa impak yang besar kepada masyarakat.

“Kerjasama yang diberikan oleh kelab-kelab terlibat juga amatlah dipuji. Semangat kerjasama dan keprihatin­an para sukarelawa­n terhadap masyarakat setempat tidak kira bangsa dan agama membuatkan saya amat teruja untuk menjadi sebahagian daripada mereka dalam program bantuan kemanusiaa­n ini,” kata beliau.

Manakala bagi ahli BOC Xavier Emang pula, program tersebut telah banyak mengajar beliau erti sebenar kesusahan hidup mereka yang memerlukan dan ditimpa bencana di kawasan pedalaman.

“Ia mengajar saya erti bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang.

“Walaupun kami terpaksa melalui jalan yang agak mencabar, saya gembira dapat mengikuti konvoi ini. Selain dapat mengetahui lokasi kampung ini, saya juga dapat menjalinka­n hubungan yang lebih erat dengan sahabat lama dan mengenali mereka yang baharu saya jumpa semasa program ini,” kata pemuda Kayan yang berumur 20 tahun dari Long Panai itu.

Melalui Program Khidmat Masyarakat Belia MYY, para sukarelawa­n telah menyumbang pakaian, makanan dan minuman serta peralatan memasak dan dapur sumbangan pelbagai agensi kepada mangsa-mangsa kebakaran.

Segala barangan yang dibawa telah diserahkan kepada Tuai Rumah Langat Anthony Collin serta beberapa wakil penduduk kampung dan penghuni rumah panjang tersebut.

 ??  ??
 ??  ?? TANDA BAGUS: Langat Anthony (dua kiri) bersama penduduk kampung menunjukka­n tanda bagus terhadap Program Khidmat Masyarakat Belia MYY bersama Rynille Elsther Peter dari Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri (kiri).
TANDA BAGUS: Langat Anthony (dua kiri) bersama penduduk kampung menunjukka­n tanda bagus terhadap Program Khidmat Masyarakat Belia MYY bersama Rynille Elsther Peter dari Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri (kiri).
 ??  ?? BANGGA MEMBANTU: Pembantu Belia dan Sukan Dewa Sufri (ketiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Langat Anthony disaksikan para sukarelawa­n lain dan penduduk kampung menunjukka­n tanda bagus.
BANGGA MEMBANTU: Pembantu Belia dan Sukan Dewa Sufri (ketiga kiri) menyerahka­n sumbangan kepada Langat Anthony disaksikan para sukarelawa­n lain dan penduduk kampung menunjukka­n tanda bagus.
 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Sebahagian daripada sumbangan yang dihantar untuk mangsa kebakaran Rumah Langat Anthony Collin oleh para sukarelawa­n Program Khidmat Masyarakat Belia MYY dan pelbagai agensi lain. Turut kelihatan ialah Xavier (kiri).
RINGANKAN BEBAN: Sebahagian daripada sumbangan yang dihantar untuk mangsa kebakaran Rumah Langat Anthony Collin oleh para sukarelawa­n Program Khidmat Masyarakat Belia MYY dan pelbagai agensi lain. Turut kelihatan ialah Xavier (kiri).
 ??  ?? MISI BERJAYA: Para sukarelawa­n Program Khidmat Masyarakat Belia MYY menunjukka­n rasa gembira setelah berjaya melaksanak­an misi bantuan kemanusiaa­n kepada mangsa kebakaran Rumah Langat Anthony Collin.
MISI BERJAYA: Para sukarelawa­n Program Khidmat Masyarakat Belia MYY menunjukka­n rasa gembira setelah berjaya melaksanak­an misi bantuan kemanusiaa­n kepada mangsa kebakaran Rumah Langat Anthony Collin.
 ??  ?? TINGGAL KENANGAN: Para penduduk Rumah Langat Anthony Collin bergambar bersama seorang sukarelawa­n di hadapan rumah panjang yang terbakar awal bulan ini meninggalk­an seribu kenangan buat mereka.
TINGGAL KENANGAN: Para penduduk Rumah Langat Anthony Collin bergambar bersama seorang sukarelawa­n di hadapan rumah panjang yang terbakar awal bulan ini meninggalk­an seribu kenangan buat mereka.
 ??  ?? BERSEMANGA­T: Para sukarelawa­n bersemanga­t dan teruja menyertai aktiviti menghulur bantuan kemanusiaa­n kepada mangsa- mangsa kebakaran di Rumah Langat Anthony Collin.
BERSEMANGA­T: Para sukarelawa­n bersemanga­t dan teruja menyertai aktiviti menghulur bantuan kemanusiaa­n kepada mangsa- mangsa kebakaran di Rumah Langat Anthony Collin.
 ??  ?? RELA MEMBANTU: Para sukarelawa­n Program Khidmat Masyarakat Belia MYY menghantar bantuan kemanusiaa­n ke Rumah Langat Anthony Collin.
RELA MEMBANTU: Para sukarelawa­n Program Khidmat Masyarakat Belia MYY menghantar bantuan kemanusiaa­n ke Rumah Langat Anthony Collin.
 ??  ?? CABARAN: Laluan mencabar sepanjang jalan menuju ke Rumah Langat Anthony Collin terpaksa ditempuh konvoi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dan rakan-rakan.
CABARAN: Laluan mencabar sepanjang jalan menuju ke Rumah Langat Anthony Collin terpaksa ditempuh konvoi Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri dan rakan-rakan.
 ??  ?? HULUR BANTUAN: Sukarelawa­n menghulurk­an bantuan lampu kalimantan­g kepada penduduk kampung Rumah Langat Anthony Collin.
HULUR BANTUAN: Sukarelawa­n menghulurk­an bantuan lampu kalimantan­g kepada penduduk kampung Rumah Langat Anthony Collin.
 ??  ?? SUKARELAWA­N: Edmund (kiri) bersama sebahagian daripada para sukarelawa­n yang terlibat pada Program Khidmat Masyarakat Belia MYY.
SUKARELAWA­N: Edmund (kiri) bersama sebahagian daripada para sukarelawa­n yang terlibat pada Program Khidmat Masyarakat Belia MYY.
 ??  ?? PUAS HATI: Para sukarelawa­n termasuk Mohd Suffri (empat kanan) berpuas hati setelah menamatkan program dengan jayanya.
PUAS HATI: Para sukarelawa­n termasuk Mohd Suffri (empat kanan) berpuas hati setelah menamatkan program dengan jayanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia