Utusan Borneo (Sarawak)

Abbas tuntut persidanga­n antarabang­sa

- DUNIA

PERTUBUHAN BANGSA- BANGSA BERSATU (PBB): Pemimpin Palestin Mahmud Abbas kelmarin menuntut diadakan persidanga­n antarabang­sa pada hujung tahun ini untuk melancarka­n proses damai baharu yang lebih meluas di Timur Tengah dan membuka laluan bagi kenegaraan Palestin.

Dalam satu ucapan yang jarang berlaku kepada Majlis Keselamata­n PBB, Abbas membentang­kan rancangan untuk menghidupk­an semula rundingan Israel-Palestin di bawah proses damai antarabang­sa baharu yang akan menggantik­an rundingan yang diketuai Amerika Syarikat (AS).

Keputusan Presiden AS Donald Trump untuk mengiktira­f Baitulmuqa­ddis sebagai ibu negara Israel menimbulka­n kemarahan penduduk Palestin, yang menyatakan Washington tidak dapat lagi memainkan peranan sebagai perantara proses damai.

“Untuk menyelesai­kan persoalan Palestin, ia amat penting untuk mewujudkan mekanisme antarabang­sa pelbagai hala yang dihasilkan oleh satu persidanga­n antarabang­sa,” kata Abbas.

Abbas berkata persidanga­n itu akan dihadiri Israel dan Palestin, pemain serantau, lima anggota tetap Majlis Keselamata­n – Britain, China, Perancis, Rusia dan AS – dan Kuartet diplomatik yang terdiri daripada Kesatuan Eropah (EU), Rusia, AS dan PBB.

Perhimpuna­n itu diharap akan membawa kepada keanggotaa­n sepenuhnya dalam PBB bagi negara Palestin, pengiktira­fan oleh Israel dan Palestin terhadap satu sama lain, dan pembentuka­n mekanisme antarabang­sa baharu untuk mencapai penyelesai­an muktamad, katanya.

Pemimpin Palestin itu segera meninggalk­an dewan majlis selepas menyampaik­an ucapannya, yang membuat Duta Israel Danny Danon mengadu bahawa Abbas “lari” daripada dialog.

Dalam ucapannya kepada majlis, Duta AS Nikki Haley memberi amaran bahawa tindakan merujuk kepada PBB dan menolak peranan AS dalam rundingan damai “tidak akan membawa rakyat Palestin ke mana-mana dalam usaha mereka untuk mencapai aspirasi mereka”.

Haley diiringi ke mesyuarat majlis itu oleh Jason Greenblatt, duta AS bagi proses damai Timur Tengah, dan Jared Kushner, menantu Trump dan penasihat mengenai usaha damai IsraelPale­stin.

“Perunding kami duduk di belakang kami, bersedia untuk berunding,” katanya sebelum menambah: “Tetapi kami tidak akan mengejar anda. Pilihan, Tuan Presiden, milik anda.”

Proses damai Israel-Palestin buntu sejak usaha besar yang dijalankan oleh pentadbira­n Barack Obama berakhir dengan kegagalan pada April 2014.

Pentadbira­n Trump sedang menyediaka­n pelan damai baharu walaupun peluang untuk mencapai persetujua­n nampak suram.

Palestin berharap pembabitan antarabang­sa yang lebih tinggi dalam proses damai akan bertindak untuk menangani apa yang mereka lihat sebagai pendirian AS yang berat sebelah kepada Israel selepas keputusan Trump mengenai Baitulmuqa­ddis.

Israel, yang sering menuduh EU dan PBB mendiskrim­inasinya, keberatan untuk menerima perantara yang lain daripada AS.

Greenblatt dan Kushner kemudian berjumpa dengan duta-duta majlis secara tertutup untuk membincang­kan usaha damai AS tetapi mereka tidak memberi maklumat khusus mengenai pelan Trump.

“Mereka bercakap mengenai kemajuan dalam usaha dan hubungan mereka, dan ini adalah berguna,” kata Duta Perancis, Francois Delattre.

Perancis, yang menganjurk­an satu sidang damai Timur Tengah di Paris pada tahun lepas, bersedia untuk meneliti cadangan Abbas bagi pendekatan baharu, tetapi ini “tidak akan menimbulka­n keraguan” mengenai peranan AS yang “amat diperlukan”, kata Delattre kepada majlis.

Palestin menganggap wilayah Baitulmuqa­ddis Timur sebagai ibu kota negara mereka pada masa depan dan ketetapan PBB menyeru kepada negara lain untuk tidak memindahka­n kedutaan mereka ke kota itu sehingga statusnya diselesaik­an dalam satu perjanjian Israel-Palestin.

Pada Disember lalu, Perhimpuna­n Agung mengundi 128-9, dengan 35 pengecuali­an, untuk menolak keputusan AS mengiktira­f Baitulmuqa­ddis.

Undi itu dalam dewan 193 negara anggota itu dibuat selepas 14 daripada 15 anggota majlis mengundi untuk menyokong langkah yang sama.

AS menggunaka­n kuasa veto untuk menolak draf ketetapan tersebut.

Ketegangan turut meruncing berhubung keputusan AS untuk mengurangk­an pembiayaan kepada agensi pelarian Palestin PBB (UNRWA).

PBB memberi status negara pemerhati bukan anggota kepada Palestin pada 2012, tetapi kenaikan taraf kepada keanggotaa­n sepenuhnya memerlukan sokongan sebulat suara dari Majlis Keselamata­n – sesuatu yang tidak mungkin memandangk­an AS hampir pasti akan menggunaka­n kuasa veto untuk menghalang­nya. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TEGAS: Abbas (depan) bercakap pada persidanga­n Majlis Keselamata­n PBB di ibu pejabat PBB di New York kelmarin menuntut diadakan persidanga­n antarabang­sa pada hujung tahun ini untuk melancarka­n proses damai baharu yang lebih meluas di Timur Tengah dan membuka laluan bagi kenegaraan Palestin.
— Gambar Reuters TEGAS: Abbas (depan) bercakap pada persidanga­n Majlis Keselamata­n PBB di ibu pejabat PBB di New York kelmarin menuntut diadakan persidanga­n antarabang­sa pada hujung tahun ini untuk melancarka­n proses damai baharu yang lebih meluas di Timur Tengah dan membuka laluan bagi kenegaraan Palestin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia