Utusan Borneo (Sarawak)

MBKS akan terus promosi Kuching

Promosi menerusi Program Pertukaran Pelajar Kuching-Guro yang diperkenal 2016

- TEMPATAN

K U C H I N G : M a j l i s Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan terus mempromosi­kan bandar raya Kuching di mata dunia menerusi Program Pertukaran Pelajar KuchingGur­o (Korea Selatan) yang diperkenal­kan sejak 2016.

Datuk Bandar MBKS Datuk James Chan berkata menerusi program itu pelajar sekolah menengah dari bandar raya Guro dan Kuching berpeluang mengenali budaya masyarakat di Korea dan Sarawak.

Program itu katanya, adalah hasil hubungan baik antara kedua-dua bandar raya itu yang terjalin sejak beberapa tahun lalu.

“Mereka ini adalah duta kecil yang secara tidak langsung mempromosi­kan bandar raya Kuching sebagai Bandar Raya Perpaduan pertama di Malaysia.

“Bandar raya Kuching juga cantik dengan kehijauan taman-taman selain kaya dengan budaya pelbagai etnik,” katanya.

Beliau berkata demikian

Mereka ini adalah duta kecil yang secara tidak langsung mempromosi­kan bandar raya Kuching sebagai Bandar Raya Malaysia. ” Perpaduan pertama di Datuk James Chan Datuk Bandar MBKS

kepada pemberita ketika menerima kunjungan 15 pelajar sekolah menengah dari sekitar bandar raya Guro di pejabatnya di Bangunan MBKS di sini semalam.

Menurut Chan pelajar berkenaan merupakan kumpulan kedua dari bandar raya Guro menyertai program berkenaan.

“Guro adalah bandar raya IT ( teknologi maklumat) yang maju di Korea Selatan. Saya percaya menerusi pertukaran pelajar ini, pelajar kita dapat didedahkan kepada kemajuan ICT berlandask­an inovasi,” katanya.

Chan memberitah­u, pelajar berkenaan yang tiba di Kuching malam Selasa lepas akan mengikuti pelbagai program, antaranya kelas bahasa Inggeris, tarian kebudayaan termasuk tinggal bersama keluarga angkat.

Selain itu mereka dibawa mengunjung­i destinasi pelanconga­n termasuk tempat menarik di sekitar Kuching antaranya Kampung Budaya Sarawak.

Mereka katanya, dijadual pulang ke bandar raya Guro Isnin depan.

“Saya berharap duta kecil ini akan ‘menjual’ bandar raya Kuching khasnya dan Sarawak amnya kepada Korea Selatan.

“Mereka juga akan merapatkan lagi hubungan dua hala antara Guro dan Kuching pada masa akan datang,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Chan merakam kenangan bersama ‘duta kecil’ Korea Selatan bersama pegawai pengiring mereka.
UNTUK ALBUM: Chan merakam kenangan bersama ‘duta kecil’ Korea Selatan bersama pegawai pengiring mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia