Utusan Borneo (Sarawak)

DUA KES HEPATITIS A, ORANG RAMAI DISERU JAGA KEBERSIHAN DIRI

-

KUCHING: Orang ramai dinasihat menjaga kebersihan diri dan persekitar­an serta menggunaka­n air yang sudah dimasak berikutan dua kes Hepatitis A dilaporkan berlaku di Kampung Asajaya Laut, Kota Samarahan.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak Dr Jamilah Hashim berkata, kedua-dua kes itu telah mendapat rawatan di hospital swasta sebagai pesakit luar.

Beliau memberitah­u, Hepatitis A merupakan salah satu penyakit bawaan makanan dan air disebabkan oleh virus Hepatitis A.

“Tanda-tanda klinikal kebanyakan­nya pesakit mengalami tanda-tanda yang tidak spesifik seperti loya, muntah, letih, cirit-birit, demam, kencing berwarna gelap dan jaundis (warna kuning pada mata putih dan kulit).

“Cara jangkitan utama ialah melalui makanan dan air yang tercemar dengan najis mengandung­i virus Hepatitis A,” katanya menerusi satu kenyataan akhbar semalam.

Tanda-tanda Hepatitis A biasanya muncul pada hari ke-15 hingga ke-45 selepas dijangkiti.

Dr Jamilah berkata, aktiviti pengesanan kes secara aktif telah bermula pada 15 Februari lalu sehingga kini.

Sehubungan itu katanya, JKN Sarawak telah dan sedang melaksanak­an aktiviti berterusan seperti pemantauan rapi melalui pelaporan dari semua klinik dan hospital termasuk swasta.

Selain itu katanya, JKN Sarawak telah melakukan ujian kualiti air terawat di kawasan terbabit dan mendapati ia mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

JKN Sarawak juga katanya, akan meningkatk­an aktiviti pendidikan kesihatan serta langkah-langkah pencegahan Hepatitis A kepada masyarakat setempat berkaitan kepentinga­n kebersihan diri, kebersihan ketika menyediaka­n makanan dan minuman serta persekitar­an yang bersih.

“JKN Sarawak dan agensi terlibat akan meneruskan langkah- langkah kawalan dalam pemantauan kualiti air yang dibekalkan oleh loji rawatan air.

“Bagaimanap­un, orang ramai dinasihat untuk memasak air sebelum digunakan walaupun bekalan air dirumah telah ditapis,” ujarnya.

 ??  ?? DR JAMILAH
DR JAMILAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia