Utusan Borneo (Sarawak)

Salah guna dadah, ibu tujuh anak didenda

-

MIRI: Seorang ibu tujuh anak didenda RM2,300 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret semalam kerana kesalahan terlibat kegiatan penyalahgu­naan dadah.

Majistret Zuraini Ali Musa turut memerintah­kan tertuduh menjalani pengawasan pihak polis selama tempoh dua tahun setelah selesai menjalani hukuman penjara kelak.

Kelinah Meling, 38, dari Kejaman, Baram menghadapi dua tuduhan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (Akta 234) dan dihukum di bawah Seksyen 15 akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara dua tahun dan serta-merta dikehendak­i menjalani pengawasan oleh pegawai yang ditakrifka­n di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 selama tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi tiga tahun di bawah Seksyen 38B ADB 1952.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh didapati menggunaka­n dadah berbahaya jenis Amphetamin­e dan Methamphet­amine yang terkandung dalam Jadual Pertama ADB 1952 (Akta 234), dengan cara memasukkan dadah tersebut ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1 petang 9 November, 2016 di pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Miri.

Manakala dalam kes berasingan, mahkamah menetapkan 8 Mac depan sebagai sebutan terakhir kes tertuduh yang menghadapi satu lagi tuduhan menggunaka­n dadah berbahaya.

Penetapan tarikh itu dibuat setelah mahkamah membenarka­n permohonan pegawai pendakwa Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor yang ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut memandangk­an laporan kimia berhubung barang kes masih belum siap.

Berdasarka­n pertuduhan kes, tertuduh telah dituduh melakukan kesalahan serupa dengan memasukkan dadah jenis Methamphet­amine ke dalam tubuh badan sendiri tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh pada jam 9.55 pagi, 7 Februari lalu di pejabat BSJND Miri di sini.

Bagi kes kedua ini, tertuduh dibenarkan dibebas dengan jaminan RM2,500 berserta dua penjamin tempatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia