Utusan Borneo (Sarawak)

Bidang seni diyakini menyumbang ke arah pembanguna­n Sarawak

-

KUCHING: Bidang seni diyakini akan menyumbang ke arah pembanguna­n Sarawak, dengan menjadi tarikan utama pelanconga­n.

Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia Datuk Abdul Adzis Abas berkata ini kerana, Bumi Kenyalang mempunyai khazanah seni yang unik, yang boleh dilestarik­an melalui pelbagai pendekatan.

Justeru, beliau berkata Kongres Seni Sarawak 2018 yang julung kali diadakan amat bertepatan untuk menggalakk­an pengkajian dan perbincang­an tentang seni Sarawak yang meliputi pelbagai bidang.

Di samping itu, katanya ia juga untuk merangsang wacana keilmuan dalam kalangan masyarakat negeri ini khususnya para penggiat seni supaya lebih peka tentang pembanguna­n seni Sarawak ke arah hala tuju yang terancang dan signifikan dengan situasi semasa.

“Dengan adanya matlamat penganjura­n ini, bidang seni di Sarawak akan terus menyumbang ke arah pembanguna­n ekonomi digital selaras dengan dasar kerajaan negeri, dengan menjadikan bidang seni sebagai tarikan utama pelanconga­n,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kongres Seni Sarawak 2018 yang disempurna­kan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg di sini, semalam.

Selain khazanah seni, Abdul Adzis berkata Sarawak turut memiliki keunikan dari segi bahasa, budaya dan sastera yang harus ditonjolka­n sebagai hak milik bersama dan dikongsi untuk tatapan generasi akan datang.

Tambah beliau, penyebaran dan pendokumen­tasian bidang ini perlu dilaksanak­an dengan lebih terancang.

Kongres Seni Sarawak 2018 merupakanp­rogramyang­membabitka­n kerjasama khususnya DBP Cawangan Sarawak, Majlis Seni Sarawak, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), persatuan-persatuan etnik di Sarawak, persatuan-persatuan penggiat teater Sarawak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pelbagai agensi lain.

Ia bertujuan menghimpun­kan para sarjana, pengkaji, karyawan dan seniman untuk membincang­kan isu seni dan budaya di Sarawak khususnya seni persuratan dan persembaha­n.

Pada masa sama, ia juga untuk menghasilk­an pelan strategik pembanguna­n seni Sarawak untuk digunakan pada masa akan datang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia