Utusan Borneo (Sarawak)

Rombongan kelab motosikal ke PIBW 2018 kukuh hubungan Sarawak, Kalimantan Barat

-

KUCHING: Rombongan kelab motosikal berkuasa tinggi ke Pontianak Internatio­nal Bike Week (PIBW) 2018 disifatkan sebagai usaha murni memperkuku­hkan hubungan antara Sarawak dan Kalimantan Barat, Indonesia.

Menteri Muda Pembanguna­n Perusahaan Kecil dan Sederhana dan Usahawan Datuk Mohd Naroden Majais berkata penyertaan kumpulan dari negeri ini bukan sahaja membawa nama Sarawak bahkan Malaysia.

“Anda yang akan bertandang ke PIBW di Pontianak bukan sahaja membawa nama Sarawak tetapi Malaysia.

“Malah anda boleh dianggap sebagai ‘duta’ Malaysia ke Pontianak,” katanya.

Naroden berkata demikian ketika melancarka­n Program Konvoi Kembara Ke PIBW 2018 anjuran BSB Community Kuching di sebuah hotel terkenal di sini malam kelmarin.

Mengulas lanjut, beliau melihat usaha tersebut ternyata merapatkan lagi silaturahi­m antara pemilik motosikal berkuasa tinggi di Sarawak dan Kalimantan Barat.

“Usaha ini akan diperhebat­kan lagi dengan adanya program kebajikan di masjid dan rumah anak yatim di Pontianak.

“Saya lihat ia adalah usaha murni di samping hobi terhadap motosikal walaupun diwakili oleh kumpulan kecil tetapi memberi impak yang besar,” ujarnya.

Naroden turut mengingatk­an semua peserta konvoi agar sentiasa mengutamak­an aspek keselamata­n sepanjang menempuh perjalanan sejauh 324 kilometer.

Difahamkan seramai 40 penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada BSB Community Kuching akan menyertai kembara tersebut yang dijangka bertolak pada 22 Februari.

PIBW 2018 anjuran Kampoeng Bikers dan MBC Pontianak dijadualka­n berlangsun­g dari 22 hingga 25 Februari ini di Hotel Mahkota Pontianak.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan merangkap Penasihat BSB Community Kuching Awla Dris, ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo dan Pengarah Operasi Konvoi Kembara Lisna Listiawati.

 ??  ?? SELAMAT BERKONVOI: Naroden, Awla, Aidel dan Francis Tan ketika menyempurn­akan pelepasan peserta Konvoi Kembara Ke PIBW 2018 di Kuching.
SELAMAT BERKONVOI: Naroden, Awla, Aidel dan Francis Tan ketika menyempurn­akan pelepasan peserta Konvoi Kembara Ke PIBW 2018 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia