Utusan Borneo (Sarawak)

Kawasan DUN Sadong Jaya, Asajaya akan menikmati bekalan air terawat

-

KUCHING: Kawasan Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sadong Jaya dan Asajaya akan menikmati bekalan air terawat selepas proses pembasmian kuman atau disinfekta­n siap dilakukan di takungan Empangan Bengoh dan loji rawatan air Batu Kitang yang baharu.

Perkara itu dinyatakan oleh ADUN Sadong Jaya Aidel Lariwoo sambil menambah, proses pengklorin­an sedang giat dilakukan ke atas sistemsist­em berkenaan.

“Bulan lepas ( Januari) saya mengadakan mesyuarat dengan Pengarah Jabatan Bekalan Air Luar Bandar ( Chang Kuet Shian) serta berkomunik­asi dengan pihak Lembaga Air Kuching mengenai penghantar­an air melalui Empangan Bengoh ke kawasan Sadong Jaya dan Asajaya.

“Takungan Empangan Bengoh sudah siap begitu juga Loji Rawatan Air Batu Kitang yang baharu, termasuk paip besar 1,000mm, 900mm dan 800mm ke Batu 6, seterusnya ke tangki air aras tinggi Entingan, juga baharu siap,” katanya.

Beliau menjelaska­n, dari tangki air aras tinggi Entingan (berdekatan Univerisit­i Teknologi MARA Kampus Samarahan)air terawat akan disalurkan ke kawasan Muara Tuang, Samarahan, Asajaya dan Sadong Jaya.

Menurutnya di kawasan Asajaya dan Sadong Jaya, bekalan air terawat ini akan dihantar ke Sistem Pam Penggalak Tambirat untuk diberi tekanan lebih supaya air dapat dihantar ke Asajaya dan Sadong Jaya.

Penghantar­an bekalan air ke kedua-dua kawasan itu akan melalui paip besar, 700 mm yang sudah siap beberapa tahun lepas juga melalui tangki air aras tinggi di Moyan dan Sadong jaya, tambahnya.

“Jika tiada halangan mungkin pembekalan air dari Loji Rawatan Batu Kitang atau Empangan Bengoh dapat dilakukan ke kawasan kami selepas proses disinfekta­n ke sistem baharu selesai,” ujarnya.

Bagaimanap­un katanya, sistem bekalan air terawat di Asajaya dan Sadong Jaya masih memerlukan penambahan iaitu pemasangan paip baharu dari Jambatan Batang Samarahan supaya saiznya sama besar dengan paip sedia ada iaitu 700mm.

Selain itu ujarnya, ia melibatkan kerja-kerja penggantia­n paip baharu di kampungkam­pung serta cadangan menambah jumlah stesen pam penggalak untuk kedua-dua kawasan itu.

“Penambahan ini melibatkan kos sebanyak RM120 juta dan perkara ini telah saya kemukakan kepada kerajaan untuk dipertimba­ngkan dalam kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Ke11,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia