Utusan Borneo (Sarawak)

Pemilik tanah warta usah risau isu ceroboh tanah: Awang Tengah

-

MIRI: Kerajaan negeri memberi jaminan kepada pemilik tanah yang sudah diwartakan tanah mereka di bawah Program Pengukuran Perimeter Hak Adat Bumiputera (NCR) Inisiatif Baharu supaya tidak perlu berasa risau mengenai isu penceroboh­an tanah.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pewartaan itu membuktika­n siapa pemilik tanah berkenaan dan sempadan kawasan mereka.

“Dengan pewartaan ini, pemilik tanah tidak perlu risau mengenai isu penceroboh­an tanah kerana warta ini cukup untuk membuktika­n pemilikan tanah tersebut dan sempadan kawasan tanah yang menjadi milik kampung saudara dan saudari,” katanya memberi jaminan.

Awang Tengah memberitah­u demikian semasa merasmikan Majlis Penyampaia­n Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri dan Cek Pampasan Tanah bagi bahagian Miri di sebuah hotel di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Menurut Awang Tengah, selepas pewartaan di bawah Program Pengukuran Perimeter NCR Inisiatif Baharu pada peringkat pertama ini, tanah di kawasan tersebut menjadi hak eksklusif komuniti Iban dan Melayu sebagai tanah NCR mereka.

“Selepas pewartaan ini, pemilik tanah hanya selangkah lagi sebelum memiliki surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

“Untuk mendapatka­n surat hak milik tanah ini anda perlu melalui peringkat kedua iaitu Program Pengukuran Lot Individu,” katanya.

“Jabatan Tanah dan Survei memerlukan kerjasama penuh daripada pihak anda terutama jawatankua­sa kampung atau rumah panjang untuk membantu dalam urusan mengenal pasti sempadan dan hadir semasa kerja-kerja pengukuran dijalankan.

“Kerjasama penuh pemilik tanah dalam perkara ini akan melancarka­n pengukuran lot individu itu nanti,” tambahnya.

Awang Tengah mende- dahkan sehingga 31 Januari lalu, Program Pengukuran Perimeter NCR Inisiatif Baharu di seluruh Sarawak berjaya mengukur 509 kawasan meliputi keluasan 827,813 hektar manakala jumlah yang telah diwartakan ialah 421 kawasan merangkumi 656,373 hektar.

Manakala bagi bahagian Miri sahaja, jumlah kawasan yang sudah siap diukur ialah 33 kawasan membabitka­n 28,548 hektar sementara jumlah yang telah diwartakan ialah sebanyak 25 kawasan meliputi 15,584 hektar.

Sementara semalam, Len Talip menyampaik­an Warta Rizab Komunal Bumiputera (Pertanian) Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, bagi bahagian Miri bagi tiga kawasan iaitu Sungai Entulang, Bakong (Rumah Entulang) seluas 763 hektar serta kawasan Sungai Libai Niah (Rumah Libai) seluas 37.271 hektar, keduaduany­a komuniti Iban.

Kawasan ketiga ialah Kampung Tegageng, Suai yang merangkumi Kampung Tegageng, Kampung Baru, Rumah Senit dan Rumah Libau (bagi komuniti Melayu dan Iban) yang merangkumi tanah seluas 435.487 hektar.

Manakala surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri (untuk lot individu) bagi tanah NCR yang sudah siap pengukuran peringkat kedua di bawah program yang sama, turut diserahkan semalam kepada 328 pemilik tanah.

Sebanyak 428 surat hak milik tanah dikeluarka­n membabitka­n tanah NCR seluas 743.251 hektar, di tujuh kampung terlibat iaitu Rumah Albion, Rumah Renang, Sungai Libai Niah, Sungai Skrat Niah, Kampung Sebalik Tiris, Kampung Pintasan dan Kampung Kayu Kapor.

Pada majlis yang sama, Len turut menyampaik­an cek pampasan berjumlah RM1,849,104.50 kepada 109 pemilik tanah yang terlibat dalam tiga projek iaitu Projek Jalan Saeh, Niah; Projek Jambatan Sungai Sibuti dan Jalan Masuk ke Kampung Rambai, Bekenu serta Projek Pembinaan Stesen Sub di Merigam, Long Lapok, Tinjar.

Awang Tengah dalam ucapannya memberitah­u, majlis penyerahan cek pampasan tersebut membuktika­n setiap pengambila­n balik tanah yang dilakukan kerajaan, akan diberi pampasan yang adil dan munasabah kepada pemilik tanah, selaras peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri (Bab 81) dan Perkara 13 Perlembaga­an Persekutua­n.

Turut hadir pada majlis tersebut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting; Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Zaidi Mahdi serta Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Miri Arni Abdul Rahman.

 ??  ?? TERIMALAH: Len (empat kiri) menyerahka­n surat hak milik tanah kepada salah seorang penerima, Alleh Sawan dari Suai, Miri. Turut menyaksika­n Sebastian (tiga kiri), Arni (kanan) dan Zaidi (tiga kanan) serta yang lainnya.
TERIMALAH: Len (empat kiri) menyerahka­n surat hak milik tanah kepada salah seorang penerima, Alleh Sawan dari Suai, Miri. Turut menyaksika­n Sebastian (tiga kiri), Arni (kanan) dan Zaidi (tiga kanan) serta yang lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia