Utusan Borneo (Sarawak)

Konsep 1Malaysia yang tulen hanya di Sarawak Semangat 1Malaysia berlandas konsep perkongsia­n kuasa diperkenal di Sarawak sejak pentadbira­n Tun Taib

- Oleh Frankie Junau

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili Dr Johnical Rayong Ngipa menyaranka­n masyarakat dari luar yang mahu melihat konsep 1Malaysia yang tulen dan sejati agar berkunjung ke Sarawak.

Menurutnya, sebelum konsep ini diperkenal­kan Sarawak yang dihuni kirakira 32 suku kaum sudah lama mempraktik­kan semangat 1Malaysia dengan acuan tersendiri berlandask­an konsep perkongsia­n kuasa yang diperkenal­kan kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak pentadbira­n Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

“Maka apabila (kerajaan) pusat memperkena­lkan konsep 1Malaysia, kita tidak terkejut dan tidak menganggap­nya perkara baharu kerana ia telah diamalkan sejak dahulu lagi yakni ketika pentadbira­n Tun Taib sebelum diteruskan oleh Allahyarha­m

Maka apabila (kerajaan) pusat memperkena­lkan konsep 1Malaysia, kita tidak terkejut dan tidak menganggap­nya perkara baharu kerana ia telah diamalkan sejak dahulu lagi yakni ketika pentadbira­n Tun Taib sebelum diteruskan oleh Allahyarha­m Tok Nan dan kini Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Tok Nan dan kini Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada kunjungan Tahun Baharu Cina di kediaman Kapitan Lim Siat Min@ Amin di pekan kecil Engkilili kelmarin.

Turut serta dalam kunjungan tersebut ialah Ahli Parlimen Lubok Antu Datuk William Nyalau Badak, Pegawai Daerah Lubok Antu Richard Ngumbang, Penghulu Gerang Anchih, Penghulu Nyambong Maweng, para kapitan, kaunselor, ahli Pemuda UPP, tuai-tuai rumah serta tetamu sekitar pekan Engkilili.

Sehubungan itu, Dr Rayong mahu amalan kunjung mengunjung ketika musim perayaan seperti Tahun Baharu Cina, Gawai Dayak, Hari Raya Aidilfitri dan Krismas perlu diterus serta disuburkan kerana ia medan terbaik mempromosi­kan perkongsia­n kuasa, negeri dan sumber kekayaan Sarawak.

“Kita perlu belajar daripada kekusutan yang kadangkala tercetus di Semenanjun­g kerana ia tidak baik untuk negara majmuk seperti Malaysia yang ikatan perpaduann­ya sangat rapuh jika sekiranya tidak dijaga dengan baik dan tidak bersikap matang,” ujarnya.

“Setiap elemen yang menjurus kepada perpecahan kaum perlu ditolak ketepi dan mengamalka­n sikap menangmena­ng kerana kita tidak boleh menganggap kaum kita paling besar, berkuasa dan memiliki segala-galanya hingga mengabaika­n kepentinga­n suku minoriti,” tegasnya.

Tambahnya, untuk memusnahka­n negeri seperti Sarawak tidak sesukar mana namun untuk membinanya kembali memerlukan masa yang panjang, pengorbana­n malah boleh menumpahka­n darah.

“Maka itu saya menasihati golongan muda agar menghargai apa yang kita nikmati kini dan tidak semberono mempercaya­i sesuatu berita yang ditular di media sosial kerana kepercayaa­n fanatik boleh menjadikan kita hilang kewarasan seterusnya negeri dan negara tergadai di tangan pihak yang tidak sepatutnya mentadbir negara dan negeri,” tegasnya.

Dalam pada itu, antara kediaman yang turut dilawati rombongan Dr Rayong dan Nyalau termasuk rumah Kapitan Lim Siat Min@ Amin, Kapitan Lai Joon Shan, Kapitan Bong Boon Fong dan Soon Kee.

Dr Johnical Rayong Ngipa ADUN Engkilili

 ??  ?? SIMBOLIK: Dr Rayong dan Nyalau bersama Lim Siat Min (berdiri tiga kiri), Nyambong (dua kiri) serta ahli Pemuda UPP, kapitan dan tuai rumah bergambar bersama sebelum simbolik membakar mercun di kediaman Lim Siat Min di pekan kecil Engkilili kelmarin.
SIMBOLIK: Dr Rayong dan Nyalau bersama Lim Siat Min (berdiri tiga kiri), Nyambong (dua kiri) serta ahli Pemuda UPP, kapitan dan tuai rumah bergambar bersama sebelum simbolik membakar mercun di kediaman Lim Siat Min di pekan kecil Engkilili kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia