Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja perlu tahu cara elak masalah sosial

-

KOTA SAMARAHAN: Golongan remaja perlu mengetahui cara dan kaedah untuk mengelak daripada terjerumus ke dalam masalah sosial.

Tidak dinafikan gejala maksiat dan dadah antara isu yang sering dikaitkan dengan kumpulan ini.

Ketua Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Samarahan Dr Asmah Esa berkata untuk mengelak diri daripada terjebak dalam kancah maksiat para remaja perlu tahu caranya.

Katanya, mereka harus mengurangk­an pertemuan dan perbualan yang tidak penting dengan rakan berlainan jantina selain pandai memilih teman yang baik.

Tambahnya, rasa malu dan takut kepada Allah seharusnya ada dalam diri setiap remaja khususnya perempuan kerana rasa malu itu amat sinonim dengan wanita.

“Perlu ada rasa malu dalam diri setiap manusia khususnya remaja perempuan, ia sinonim dengan wanita,” katanya ketika program ‘First Love Yourself’ di SMK Laila Taib di sini.

Pada program anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Samarahan itu, seramai 200 pelajar turut serta.

Sementara itu, Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK Laila Taib Md Zubir Md Yusof dalam ucapannya menggalakk­an penganjura­n program sedemikian kerana ia sangat penting untuk membina jati diri pelajar serta mendedahka­n bahaya pergaulan bebas di antara berlainan jantina yang sering dilihat terutama dalam kalangan pelajar sekolah.

Beliau berharap pihak KRIM Samarahan terus bergiat aktif menganjurk­an program serupa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia