Utusan Borneo (Sarawak)

Tabung sekolah Cina cari tanah bersesuaia­n: Lau Bincang dengan JTS berhubung tanah untuk menjana pendapatan sebelum dicadangka­n kepada KM

- Oleh Florence Nervyn

SIBU: Tabung Amanah Sekolah-Sekolah Persendiri­an Cina Sarawak akan mengadakan perbincang­an akhir dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) berhubung sebidang tanah yang sesuai sebelum membuat cadangan khusus kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg.

Pengerusin­ya Temenggung Datuk Vincent Lau Lee Ming berkata, mereka melihat beberapa pilihan untuk tanah tersebut.

“Ini kerana kita mendapati tanah asal yang sebelum ini diperuntuk­kan kepada 14 sekolah persendiri­an Cina di Sarawak sangat jauh dan berdekatan dengan sempadan Indonesia.

“Kita mendapati ia tidak sesuai kerana ia tidak akan mempunyai nilai ekonomi segera.

“Oleh sebab itulah ketika Pehin Sri Adenan Satem menjadi ketua menteri, kita berbincang dengannya dan meminta untuk menukar satu lagi tanah di mana kita dapat segera bangunkan dan menjana pendapatan untuk 14 sekolah persendiri­an Cina ini,” jelasnya.

Lau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Tahun Baharu Cina daripada wartawan akhbar Kumpulan See Hua di kediamanny­a di Jalan Camar, semalam.

Kunjungan itu terdiri daripada wartawan See Hua Daily News, The Borneo Post dan Utusan Borneo.

Lau yang juga pengerusi Persatuan Jawatankua­sa Gabungan Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) berkata, mereka telah mengadakan perbincang­an dengan pihak JTS dan cuba mencari tanah alternatif yang sesuai untuk pembanguna­n itu.

“Pada masa ini, kita telah melihat pelbagai pilihan.

“Oleh itu, saya fikir lebih kurang kita sudah sampai ke peringkat di mana kita boleh menentukan di mana lokasi yang sesuai untuk kita menggunaka­n tanah yang akan dibangunka­n untuk menyokong pendidikan Cina secara kewangan,” jelas Lau.

“Kita akan mengadakan perbincang­an akhir dengan JTS dan kemudian kita akan membuat keputusan dan cadangan khusus kepada ketua menteri dan tentu ketua menteri akan menjadi orang yang akan mem- buat keputusan akhir.

“Mudah-mudahan kita dapat mempunyai sesuatu yang konkrit dan keputusan muktamad. Saya rasa mungkin dalam tempoh dua bulan akan datang atau lebih,” ujarnya.

Lau ditanya mengenai keny- ataan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg baru-baru ini bahawa kerajaan negeri telah mengenal pasti sebidang tanah yang sesuai dan dapat menjana pendapatan mapan untuk pengurusan 14 sekolah persendiri­an Cina di Sarawak.

Ditanya mengenai keluasan tanah yang dicadangka­n, Lau yang juga presiden Lembaga Pengurusan Persatuan Sekolah Cina Persendiri­an Sarawak berkata, ia bergantung sama ada tanah yang diperuntuk­kan kerajaan sama ada tanah pertanian atau komersil.

“Pilihan di sini ada kemungkina­n tanah pertanian yang lebih jauh, mungkin akan berkembang menjadi ladang kelapa sawit.

“Terdapat tanah yang mereka usulkan mungkin, saya fikir ia adalah tanah komersil. Kita melihat sejauh mana kita dapat perolehi,” jelasnya.

Oleh itu katanya, jika ia adalah tanah pertanian, pihaknya perlu meminta tanah lebih luas dalam beberapa ribu hektar untuk tujuan tersebut.

Lau menegaskan ia bergantung kepada berapa banyak pendapatan yang boleh dihasilkan daripada tanah tersebut sebagai pertimbang­an sebelum membuat keputusan.

“Sekiranya kerajaan memberikan tanah komersil, tanah yang lebih kecil juga boleh dipertimba­ng untuk diterima, mungkin 500 ekar,” ujarnya.

 ??  ??
 ??  ?? BERSAMA MEDIA: Para wartawan Kumpulan See Hua merakam kenangan bersama Vincent Lau (duduk, lima kiri) semasa mengunjung­i kediamanny­a di Sibu, semalam.
BERSAMA MEDIA: Para wartawan Kumpulan See Hua merakam kenangan bersama Vincent Lau (duduk, lima kiri) semasa mengunjung­i kediamanny­a di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia