Utusan Borneo (Sarawak)

Yayasan PEKEMA serah sumbangan RM15,000 kepada 20 penerima

-

KUCHING: Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) Cawangan Sarawak menyerahka­n sumbangan berjumlah RM15, 000 kepada kira-kira 20 penerima dalam satu majlis penyampaia­n sumbangan yang diadakan di premis persatuan, di Jalan Green di sini, semalam.

Antara penerima sumbangan adalah orang kurang upaya (OKU), orang kurang mampu (OKM), ibu tunggal, warga emas, surau serta bantuan pendidikan bagi pelajar yang menyambung pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Sumbangan itu disampaika­n oleh Presiden PEKEMA Cawangan Sarawak Tan Sri Abang Khalid Abang Marzuki.

Meskipun sumbangan tersebut tidaklah terlalu besar, namun bagi Abang Khalid, ia diharap dapat meringanka­n sedikit beban yang ditanggung penerima.

“Kami menerima banyak permohonan bantuan serta sumbangan yang mana semuanya datang daripada keluarga yang kurang berkemampu­an di sekitar Kuching dan Kota Samarahan. Malah kami juga pernah menerima permohonan dari Kapit dan beberapa daerah luar bandar.

“Dalam usaha memastikan setiap sumbangan itu sampai kepada pemohon yang benarbenar layak, kami (Yayasan PEKEMA) akan menapis setiap permohonan dan melihat kepada keperluan pemohon itu sendiri.

“Saya berharap, meskipun jumlah sumbangan yang diberikan tidak terlalu besar, namun ia dapat meringanka­n beban yang ditanggung pemohon,” katanya pada penyampaia­n sumbangan tersebut.

Meskipun keadaan ekonomi tidak begitu baik ketika ini, Abang Khalid bagaimanap­un memberitah­u, Yayasan PEKEMA berusaha sehabis baik untuk mengenal pasti dan mendekati pihak yang memerlukan bantuan baik daripada individu mahupun badan kebajikan.

“Ini sahaja cara kami menyumbang semula kepada masyarakat yang memerlukan dan besar harapan kami untuk meneruskan aktiviti seumpama ini pada masa akan datang,” katanya.

Tidak hanya mahu menerajui arena perniagaan automotif negara, PEKE- MA turut meletak sasaran mahu menjadi persatuan yang banyak menyumbang kepada rakyat melalui program tanggungja­wab sosial korporat (CSR).

PEKEMA melalui yayasan persatuan itu sejak tujuh tahun lalu, telah menyumbang dan membantu ribuan golongan memerlukan daripada pelbagai aspek keperluan harian termasuk bantuan perubatan, pendidikan dan persekolah­an, fakir miskin, mangsa bencana dan banyak lagi.

CSR tersebut juga tidak hanya tertumpu kepada individu perseorang­an, sebaliknya persatuan mahupun badan-badan yang memerlukan sumbangan juga dipertimba­ngkan, tanpa mengira perbezaan bangsa, agama mahupun latar belakang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia