Utusan Borneo (Sarawak)

Kekuatan BN dan jenteranya cabaran utama dihadapi PH Sarawak dan PKR

-

KUCHING: Kekuatan Barisan Nasional (BN) Negeri dan jentera pilihan rayanya akan menjadi cabaran utama dihadapi Pakatan Harapan ( PH) Sarawak dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.

Naib Pengerusi PKR Sarawak See Chee How berkata PH Negeri dan PKR bagaimanap­un tidak akan tunduk kepada cabaran itu memandangk­an parti itu telah meningkatk­an operasi mereka sebelum Tahun Baharu Cina 2018 dan hari terakhir bengkel pemilihan mereka untuk jentera pilihan raya telah selesai menjelang akhir Januari lalu.

“Perbelanja­an untuk PRU selalunya besar dan ini tidak mudah untuk pembangkan­g, parti politik lain dan calon bebas terutama apabila ia melibatkan pertarunga­n pelagai sudut di sesebuah kawasan,” katanya.

“BN Negeri akan sentiasa mempunyai sumber dan sokongan BN Semenanjun­g Malaysia terutama semasa Pilihan Raya Negeri dan ia kembali normal semasa PRU tetapi itu adalah fakta sebenar mengenai BN terutama perbelanja­an kempen mereka yang besar,” tambah beliau.

See berkata demikian pada sidang akhbar ketika ditanya mengenai persiapan dan cabaran PKR Negeri yang dihadapi mereka dalam PRU14 akan datang di Kuching, semalam.

Beliau optimis dengan jentera pilihan raya PKR, malah BN tidak dapat menjejaska­n kekuatan pembangkan­g dan partinya yang telah menetapkan jentera di setiap kawasan Parlimen mereka.

“Kami sememangny­a sudah bersedia meskipun meng- hadapi cabaran BN bahkan semasa Tahun Baharu Cina, kami telah berada di lapangan dan memulakan kempen pilihan raya,” katanya.

See turut mendedahka­n bahawa PKR Negeri telah memperuntu­kkan kerusi mereka di kalangan PH Sarawak setahun lalu dan mereka mematuhi aturan itu, pada masa sama menyokong sepenuhnya gabungan PH Negeri.

“Jumlah kerusi akan berdasarka­n kepada PRU13 yang merupakan peruntukan sebanyak 14-16 kerusi kepada PKR Negeri,” katanya ketika ditanya mengenai jumlah kerusi yang akan bertanding pada PRU14 akan datang.

“Sebilan puluh peratus calon kami bersedia untuk PRU14 dan pujian kami terhadap calon- calon ini benar-benar bergantung kepada pemimpin PH kita dan juga, akan ada wahaj-wajah baharu,” katanya.

See berkata, meskipun semua cabaran adalah besar dan jentera pilihan raya yang sedia ada dari BN, pertempura­n utama dalam PRU14 masih di antara BN dan PH.

 ??  ?? KENANGAN: Mohd Saiful (dua kiri) bersama Timbalan Pegawai Kewangan Mohd Anuardi Hajani bergambar di pejabat Perbendaha­raan Malaysia Sarawak, Kuching, baru-baru ini.
KENANGAN: Mohd Saiful (dua kiri) bersama Timbalan Pegawai Kewangan Mohd Anuardi Hajani bergambar di pejabat Perbendaha­raan Malaysia Sarawak, Kuching, baru-baru ini.
 ??  ?? SEE
SEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia